Thursday, December 17, 2009
Dalam Kenangan (Juggling)
Wednesday, December 2, 2009
Dalam Kenangan (Sesi Jamming)
Setelah hampir 6 bulan bersama...kami telah temui Fadil...Fadil, seorang drummer yang cukup berpengalaman...aku betul² kagum dengan gayanya memperagakan aksi ketika bermain drum...saling tak tumpah macam Lars Ulrich (Drummer Metallica)...dengan bip tempo di bibir...perghh, serius beb...aku betul² kagum dengan dia...aku telah menyerahkan "kerusiku" kepadanya dan aku mengambil alih posisi sebagai gitarist...
Disitulah kami semakin maju dan terus maju...dengan bimbingan sifu kami; nd...nd, seorang gitarist terbilang yang amat minat pada zaman² rock kapak...jari jemarinya lembut gemalai mengusik tali² yang tidak pernah berhenti beralun...aku betul² salute dengan nd...dan dialah yang banyak mengajar kami tentang apa itu muzik...yang paling bestnya, dia tak pernah kedekut ilmu walau sedikit pun...
Waktu itu seingat aku, kami selalu memainkan lagu Fade To Black, Troopers, Creep dan lain² lagu yang aku sendiri pun dah tak berapa ingat.
Wednesday, November 18, 2009
Rezeki Sekeping Gambar
Trofi,
Baucer membeli-belah di semua outlet The Store seluruh Malaysia bernilai RM500,
Hamper dari Drypers bernilai RM300 dan.....
Penyertaan secara automatik ke "Pertandingan Bayi Comel Drypers 2009 Peringkat Malaysia" yang akan di ketahui keputusannya pada bulan Januari 2010.
Friday, November 13, 2009
Menyambung Impian Yang Terkandas
Thursday, November 12, 2009
Perjalanan Yang Tak Sudah
Monday, November 2, 2009
Dalam Kenangan (Papan Selaju a.k.a Skateboard)
Wednesday, October 21, 2009
Ceritera Aku Di Pertengahan Syawal ( Episod 2 )
Ceritera Aku Di Pertengahan Syawal ( Episod 1 )
Wednesday, September 16, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri - 1430 Hijrah
Maaf zahir dan batin jika ada ketelanjuran kata atau perbuatan...
Jika ada kelapangan, jangan segan silu untuk berkunjung ke teratak bonda aku di Kg. Paya Pulai pada hari raya pertama dan kedua sebelum aku pulang ke rumah mertua aku...
Jangan kecil hati kalau aku tak bagi duit raya kat korang coz duit raya aku hadkan kepada kanak² dibawah umur 12 tahun sahaja...hehe...
Memandulah dengan berhati²...Ingatlah orang tersayang yang sedang menunggu anda di kampung halaman...
Aku ada seorang anak dan seorang lagi bakal lahir...Jadi sediakan duit raya RM10 keatas sahaja untuk anak aku dan yang menyambut hari raya di dalam perut tu, korang boleh on behalf je pada aku...hehe...
Kepada rakan² "Karpet Hijau", sila beli barang² keperluan raya anda sebelum aku pulang ke kampung...dan asingkan duit perbelanjaan korang...Bukan apa, aku takut semunya habis didalam pertarungan...hahaha...
Dan yang paling penting.....JIKA ANDA TIDAK DAPAT BALIK KE KAMPUNG KERANA KEHABISAN TIKET..BERAYA SAJALAH DI TEMPAT KERJA ANDA ATAU DI MANA²...JANGAN SESEKALI BALIK KE KAMPUNG DALAM KEADAAN SEPERTI INI!!!(sila rujuk gambar dibawah)...base dege klau org temeloh kabo...
Tuesday, September 15, 2009
Sedikit Informasi
Monday, September 14, 2009
Malam Juara-Juara
Monday, September 7, 2009
Nuzul Al-Quran
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.
Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
Akan Datang.....
Wednesday, September 2, 2009
Kisah Cinta Tragis Tijah Binti Kulup Kecil
Friday, August 28, 2009
Informasi Buat Rakan²
Tuesday, August 25, 2009
Blood In Blood Out
Thursday, August 13, 2009
Hujung Minggu
Hari Ahad adalah hari cuti umum di Malaysia (kecuali Kedah, Terengganu dan Kelantan)...hari Ahad juga di anggap hari hujung minggu...kebanyakan pekerja di Malaysia (terutama di sektor swasta) memang menantikan hari ini...kerana pada hari inilah, mereka dapat merehatkan badan dan melapangkan masa bersama anak dan isteri (bagi yang sudah berkahwin), bersama awek dan balak masing² (bagi yang sedang bercinta) dan tidur, main game, chating dan lain² (bagi yang masih bujang dan tidak berpunya)...apa jua cara anda menghabiskan masa hujung minggu anda, ia adalah hak anda...aku jua begitu, hujung minggu akan aku habiskan masa bersama keluarga aku...seperti biasa, tidurku untuk hari minggu akan aku panjangkan sejam dua (kadang² terlebih)...ini bukan kerana aku malas bangun pagi tetapi aku inginkan metabolisma dalam badan aku kembali normal seperti biasa setelah 5 hari bekerja...anak aku (Adam) sudah pagi² lagi berada di depan tv untuk menonton rancangan kegemarannya; Ozzie Boo, Jim Jam and Sunny dan yang paling diminatinya Tom Tom Bak...Astro Ceria memang benar² memenuhi citarasanya...Terima Kasih Astro...memang menjadi rutin aku dan keluargaku untuk keluar pada hujung minggu...kalau tidak pulang ke kampung, aku akan membawa isteri dan anakku ke bersiar² menikmati debu² ibu kota...karaoke adalah aktiviti mingguan keluargaku...bukan pandai sangat menyanyi, bukan suara selunak Tomok..cuma menghibur hati sendiri...seperti biasa aku akan menyanyikan killer song aku ; Biarlah Bulan Bicara...hehe...aku suka menyanyikan lagu ni kerana ianya tak tinggi, jadi suara aku boleh mantain...haha...selain pitching dalam nyanyian, strategi juga penting.
Tuesday, July 21, 2009
Improving Business English Graduation Day
(Sedang Memainkan Lagu "Auld Lang Syne")
Sesudah selesainya penyampaian sijil berlansung...aku dan juga rakan² lain telah membuat persembahan iaitu menyanyikan lagu "Auld Lang Syne"...sekali lagi aku diberikan tanggungjawab yang besar iaitu sebagai musician(gitarist) untuk persembahan itu...walaupun sudah lebih 4 tahun aku meninggalkan zaman pengitaran aku...aku tetap cuba membuat yang terbaik pada hari itu...aku bersyukur kerana tangan ini masih tidak kekok memegang gitar...jari jemari ini masih bisa memetik tali, masih mengenal D'major, masih berupaya mengalunkan lagu walaupun tidak sehebat Steve Vai, tidak sehandal Joe Satriani dan tidak setangkas Yngwie Malmsteem...berbekalkan Morris S-96 di tangan, jari memegang kod D..aku mulakan rentak irama...pada tika itulah, cahaya² kerdipan dari lensa kamera menerangi suasana...persembahan diakhiri dengan tepukan dan jeritan dari rakan² dan bos² yang hadir pada hari itu...Thank You All...