Blog Bodyguard

Wednesday, November 18, 2009

Rezeki Sekeping Gambar



Pada 31/10/09, aku telah membawa anakku, Adam (gambar diatas) meronda² bersama...hanya berdua...ini kerna aku ingin meluangkan masa bersamanya setelah seminggu tidak berjumpa...sejak isteriku berpantang, aku hanya dapat meluangkan masa  2 hari sahaja bersama mereka iaitu hari Sabtu dan Ahad...

Setelah aku dan Adam puas meronda dan mengeteh bersama rakan²ku di Kedai Kek Kak Yah...aku telah membawa Adam ke The Store yang hanya berhampiran...bukan untuk mencuci mata...aku membawanya kerana ingin membeli Drypers Adam yang semakin berkurangan stoknya...hehe...

Setelah selesai aktiviti membeli belah kami, aku pun ke kaunter untuk membuat pembayaran...ketika itu aku di maklumkan untuk setiap pembelian jenama Drypers yang berharga RM50 ke atas, secara automatik ianya melayakkan bayi di bawah umur 2 tahun untuk menyertai "Pertandingan Bayi Comel Drypers"...aku pun bersetuju...alah, bukannya rugi kan?...jadi salah seorang daripada staf The Store itu telah mengambil gambar Adam...3 keping semuanya, tapi hanya sekeping yang boleh dipertandingkan...mereka menanyakan pendapat aku...aku cakaplah..."ikutlah mana² pun"...jadi gambar di ataslah yang mereka cadangkan...aku pun bersetuju...aku pun sambung balik meronda² dengan Adam...mama dia di hospital menyusukan adiknya...lagipun waktu tu bukan waktu melawat...so, aku tak boleh masuk...

Pada 5/11/09 semasa aku di pejabat, pihak The Store telah menghubungi aku dan memaklumkan bahawa gambar Adam telah memenangi tempat pertama di dalam pertandingan itu...perghhh, terkejut biawak aku...serius...aku tak sangka ianya pergi sejauh ini...dan pihak The Store telah memaklumkan aku bahawa penyampaian hadiah diadakan pada 7/11/09...namun pada tarikh itu aku tidak dapat hadir kerana aku punya urusan di Ipoh...aku terus memaklumkan perkara ini kepada isteri serta keluargaku di kampung...macam biasalah, isteriku terus menangis kegembiraan...namun aku sedikit kecewa kerana tidak dapat bersama meraikan saat² gembira ini...

Adam telah memenangi:-

  • Trofi,


  • Baucer membeli-belah di semua outlet The Store seluruh Malaysia bernilai RM500,


  • Hamper dari Drypers bernilai RM300 dan.....


  • Penyertaan secara automatik ke "Pertandingan Bayi Comel Drypers 2009 Peringkat Malaysia" yang akan di ketahui keputusannya pada bulan Januari 2010.

Terima kasih The Store dan Drypers.

No comments:

Post a Comment