Blog Bodyguard

Tuesday, July 21, 2009

Improving Business English Graduation Day

(Menerima Sijil Dari General Manager, Mr Roy Shanker)
Fuyoh...itulah tagline Mr Patrick yang masih lagi terngiang-tengiang di halwa telingaku sehingga kini...aku tak tahu berapa banyak syarikat telekomunikasi DiGi mengupah beliau untuk mempopularkan tagline itu...atau beliau yang telah menciplak tagline itu tanpa kebenaran DiGi...ahhh, lantaklah...bukan aku dapat faedah apa² pun untuk memikirkan semua tu...lainlah kalau faedah di akaun ASB aku di tambah kepada 30%-40% setahun...Mr Patrick(aku cuba mengimbau kembali)...aku mula mengenali beliau pada tanggal 17.01.2009...dengan melemparkan senyuman pertama, berbekalkan laptop disisi, dan disambut dengan lagu My Heart WIll Go On...beliau mula bersuara......Fuyoh...itulah lecturer aku, Mr Patrick Ng yang mengajar aku serta rakan²ku bagaimana untuk menguasai English dengan baik...kelas ini dinamakan "Improving Business English" yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat tempat aku bekerja(identiti dirahsiakan)...Thanks A Lot For Give Me This Oppurtunity...skeaping London la plak...setelah hampir 6 bulan lidah aku tergeliat, terkehel, terseliuh, terlipat, tergulung dan bermacam² ter lagi...aku tetap tabah meneruskan usahaku agar dapat menguasai English dengan baik...tidak berakhir disitu, hujanan homework membuatkan aku sedikit tertekan...manakan tidak, selain homework yang diberikan oleh Mr Patrick dan memikul tanggungjawab besar sebagai ketua kelas (ehem..ehem..opss..terbatuk plak)...kerja² harian aku di ofis semakin berlambak...tak terkejar di akal dan kudratku...namun kata pujangga; "Alang² Genggam Api, Biar Jadi Bara"...aku gagahi jua sehinggalah aku berjaya menamatkan kelasku yang terakhir pada tanggal 30.05.2009...Alhamdulillah...Aku dan rakan² yang lain telah diraikan pada satu majlis (Graduation Day) pada 27.06.2009 di One Bangsar Seafood Garden (sebelah Bangsar Village).


(Sedang Memainkan Lagu "Auld Lang Syne")

Sesudah selesainya penyampaian sijil berlansung...aku dan juga rakan² lain telah membuat persembahan iaitu menyanyikan lagu "Auld Lang Syne"...sekali lagi aku diberikan tanggungjawab yang besar iaitu sebagai musician(gitarist) untuk persembahan itu...walaupun sudah lebih 4 tahun aku meninggalkan zaman pengitaran aku...aku tetap cuba membuat yang terbaik pada hari itu...aku bersyukur kerana tangan ini masih tidak kekok memegang gitar...jari jemari ini masih bisa memetik tali, masih mengenal D'major, masih berupaya mengalunkan lagu walaupun tidak sehebat Steve Vai, tidak sehandal Joe Satriani dan tidak setangkas Yngwie Malmsteem...berbekalkan Morris S-96 di tangan, jari memegang kod D..aku mulakan rentak irama...pada tika itulah, cahaya² kerdipan dari lensa kamera menerangi suasana...persembahan diakhiri dengan tepukan dan jeritan dari rakan² dan bos² yang hadir pada hari itu...Thank You All...


(Bergambar Kenangan Bersama Mr Patrick -Baju Batik Kuning-)
Erkkk...Alhamdullilah...selepas saja selesai aku dan rakan² yang lain membuat persembahan, kami telah dijamu dengan 10 jenis hidangan...marvelous..delicious...itulah ungkapan yang boleh aku rumuskan untuk menilai hidangan pada hari itu...semua aku rasa kecuali sayur²an saja yang aku hanya menjeling dan menidakkannya...aku tidak tahu kenapa sayur²an gagal menambat hati dan perasaan aku...aku memang dilahirkan kedunia ini untuk tidak membazirkan sayur²an...walaupun aku budak kampung, aku tidak makan sayur (kecuali coleslaw KFC)...bukan nak mengada, bukan nak berlagak, bukan juga menunjukkan ego tapi memang itu realitinya...apa?...ingat semua orang kampung makan sayur ke?...cuba hidangkan aku petai ke, jering ke...disitulah korang akan tau betapa berseleranya aku...ermmmm...kalau dibuat sambal lagi terangkat beb...selepas semua selesai, aku bersama rakan² lain telah bergambar kenangan (kat ofis jumpa lagi)...apa² pun, majlis tu memang enjoy.