Blog Bodyguard

Friday, August 28, 2009

Informasi Buat Rakan²

Buat rakan² yang tidak jemu² menelefon, men"sms", men"email" dan bermacam² men lagi...sukacita saya maklumkan bahawasanya....ting..ting..ting..(sound effect)...saya akan pulang ke kampung halaman merentasi banjaran titiwangsa pada petang ini setelah saya selesai punch card pukul 4.30 petang nanti...harap maklumkan kepada rakan² yang lain supaya menyediakan duit yang secukupnya sebelum kita bertarung di karpet hijau berbola nombor pada malam ini...juga diingatkan supaya jauhkan nasi ayam cina (mahagani) dari pandangan dan bauan saya (takut tak tahan)...hehe..
Alih Bahasa Daerah Temerloh:-
Untok rodong² yang dok jemu nepon, meseh, emel ke koi ni...koi nok kabo ke aokme...ting..ting..ting..(bunyi loceng besko buntat)...yang koi akan balik ke temerloh ptg nanti pas abis keje kat opih...kabo juge ke rodong² lain setanbe ke duit berkepok sikit sebelum main lucky malam ni yak...dan se lagi, jauhkan sikit nasi ayam cina bando lama teh dari koi ni...bukan mende, takut tak tahan...ande duk bawoh jambatan nanti...pepaleh...sedap amat...hehe.. 

Tuesday, August 25, 2009

Blood In Blood Out



Aku masih ingat kali pertama aku tengok filem ni kalau tak silap aku masa aku form 2...itupun setelah filem ni dikeluarkan selepas 4 tahun (lambat aku update)...namun jujur aku katakan yang filem ini antara filem terbaik yang pernah aku tonton...aku telah menonton filem ini lebih dari 30 kali...vcd (masa tu dvd baru nak release) ini kali terakhir ada pada aku pada tahun 2000 sebelum seorang kenalan (aku dah tak ingat siapa) meminjamnya dari aku...pastu passing² kat member² yang lain...hinggalah tak ada seorang pun yang mengaku meminjam vcd ini...hampir sekian lama aku sudah melupakan sebuah karya agung arahan Taylor Hackford ini..."muralle carnal...vatos locos forever ese"

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di muka bumi ini. Semoga kehadiran Ramadhan pada tahun ini akan membawa seribu erti untuk sebuah drama berepisod yang berjudul.....KEHIDUPAN.

Thursday, August 13, 2009

Hujung Minggu

Karaoke "Myvi" The Summit USJ

Hari Ahad adalah hari cuti umum di Malaysia (kecuali Kedah, Terengganu dan Kelantan)...hari Ahad juga di anggap hari hujung minggu...kebanyakan pekerja di Malaysia (terutama di sektor swasta) memang menantikan hari ini...kerana pada hari inilah, mereka dapat merehatkan badan dan melapangkan masa bersama anak dan isteri (bagi yang sudah berkahwin), bersama awek dan balak masing² (bagi yang sedang bercinta) dan tidur, main game, chating dan lain² (bagi yang masih bujang dan tidak berpunya)...apa jua cara anda menghabiskan masa hujung minggu anda, ia adalah hak anda...aku jua begitu, hujung minggu akan aku habiskan masa bersama keluarga aku...seperti biasa, tidurku untuk hari minggu akan aku panjangkan sejam dua (kadang² terlebih)...ini bukan kerana aku malas bangun pagi tetapi aku inginkan metabolisma dalam badan aku kembali normal seperti biasa setelah 5 hari bekerja...anak aku (Adam) sudah pagi² lagi berada di depan tv untuk menonton rancangan kegemarannya; Ozzie Boo, Jim Jam and Sunny dan yang paling diminatinya Tom Tom Bak...Astro Ceria memang benar² memenuhi citarasanya...Terima Kasih Astro...memang menjadi rutin aku dan keluargaku untuk keluar pada hujung minggu...kalau tidak pulang ke kampung, aku akan membawa isteri dan anakku ke bersiar² menikmati debu² ibu kota...karaoke adalah aktiviti mingguan keluargaku...bukan pandai sangat menyanyi, bukan suara selunak Tomok..cuma menghibur hati sendiri...seperti biasa aku akan menyanyikan killer song aku ; Biarlah Bulan Bicara...hehe...aku suka menyanyikan lagu ni kerana ianya tak tinggi, jadi suara aku boleh mantain...haha...selain pitching dalam nyanyian, strategi juga penting.


Bermain Boling Di Ampang Super Bowl, The Summit USJ
Selain menyanyi di pusat karaoke "Myvi"...opss sebelum tu biar aku terangkan kenapa aku menggelarkannya "Myvi"...actually konsep karaoke ni sama je dengan karaoke "Jamban" yang lain cuma booth dia dah macam belakang kereta Perodua Myvi...sebab tu aku menggelarkannya karaokee "Myvi"...nama ini juga telah sinonim dengan pengunjung² yang lain disini...tapi yang penting, sound system dia memang gempak...bila aku sedang menyanyi, aku rasakan seperti kumpulan Wings sedang mengiringi aku...hehe...jika tidak berkaraoke, aku dan isteriku akan bermain boling sambil diperhatikan oleh anak aku yakni sebagai pemerhati bebas...tetapi kebiasaan aku dan isteriku akan bermain boling bersama rakan² kami yang lain...dan untuk pengetahuan semua, sebenarnya aku masih baru berjinak² dengan arena boling ni...ini pun kerana isteriku minat akan sukan ni...kalau ikutkan aku, main snooker lagi best...lebih² kalau lucky ball...perghh, rindu aku zaman me"lucky" ni...tapi memang benar kata² isteri dan rakan²ku..."mainlah sekali, confirm ko ketagih lepas ni", begitulah lebih kurang kata² mereka...aku pun mencuba kerana terpaksa dan termakan pujuk rayu mereka...namun tidak ku duga, memang benar dan sahih kata² mereka...aku mula merasa "ketagihannya" selepas mencuba buat kali pertama...arghh, tak lena tidur malam aku memikirkannya...pernah aku main 4 games aku seorang kerana ketagihan...habis lenguh² tangan aku...dan sekarang aku telah melangkah ke dunia boling semi pro...sebelum ini aku selalu dikalahkan, dititik tapi sekarang.....tidak lagi...kepada isteri serta rakan²ku, kamu semua telah membuat silap dengan membawa seorang jaguh ke arena boling...kan sekarang korang dah tak boleh cari makan...hahaha(ketawa seorang egois).



Di Pulau Pehentian, Terengganu
Tetapi dalam banyak² aktiviti hujung minggu yang paling aku dan isteriku gemari adalah......BALIK KAMPUNG...masa plan nak balik kampung pun dah gembira semacam..apatah lagi masa perjalanan balik ke kampung...secara kebetulan dan telah tersurat, aku dan isteriku dari daerah yang sama iaitu Temerloh, Pahang...jadi tiada masalah bagi kami untuk pulang ke rumah siapa pun kerana rumah ibuku dengan rumah mertuaku hanya mengambil masa 45 minit perjalanan...kebiasaan kami akan balik dua kali sebulan...walaupun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh hanya mengambil masa dua jam sahaja, tetapi aku memang spesis yang suka berhenti minum dan makan dimana² hentian highway...tempat persinggahan yang wajib kami kunjungi adalah Genting Sempah dan D' Paya Serai (Petronas) sebelum Tol Bentong...walaupun perut telah diisi dari rumah, tapi sudah menjadi tabiat aku untuk berhenti...sekurang²nya minum...anakku, Adam juga telah menampakkan ciri² mengikuti perangaiku ini...dia akan menjadi tidak keruan jika dalam satu hari tidak membawa dia ke warung atau restoran...bukan dia nak makan sangat...cuma nak ambil feel dan cuci mata sahaja...hehe...jika aku mempunyai masa cuti yang agak panjang, aku akan membawa keluargaku bercuti...seperti bulan Mac yang lepas, aku dan keluargaku telah pergi ke Pulau Perhentian selama empat hari...terasa segala masalah kerja dan kebisingan hiruk piruk kota di lupakan sama sekali.