Blog Bodyguard

Thursday, August 13, 2009

Hujung Minggu

Karaoke "Myvi" The Summit USJ

Hari Ahad adalah hari cuti umum di Malaysia (kecuali Kedah, Terengganu dan Kelantan)...hari Ahad juga di anggap hari hujung minggu...kebanyakan pekerja di Malaysia (terutama di sektor swasta) memang menantikan hari ini...kerana pada hari inilah, mereka dapat merehatkan badan dan melapangkan masa bersama anak dan isteri (bagi yang sudah berkahwin), bersama awek dan balak masing² (bagi yang sedang bercinta) dan tidur, main game, chating dan lain² (bagi yang masih bujang dan tidak berpunya)...apa jua cara anda menghabiskan masa hujung minggu anda, ia adalah hak anda...aku jua begitu, hujung minggu akan aku habiskan masa bersama keluarga aku...seperti biasa, tidurku untuk hari minggu akan aku panjangkan sejam dua (kadang² terlebih)...ini bukan kerana aku malas bangun pagi tetapi aku inginkan metabolisma dalam badan aku kembali normal seperti biasa setelah 5 hari bekerja...anak aku (Adam) sudah pagi² lagi berada di depan tv untuk menonton rancangan kegemarannya; Ozzie Boo, Jim Jam and Sunny dan yang paling diminatinya Tom Tom Bak...Astro Ceria memang benar² memenuhi citarasanya...Terima Kasih Astro...memang menjadi rutin aku dan keluargaku untuk keluar pada hujung minggu...kalau tidak pulang ke kampung, aku akan membawa isteri dan anakku ke bersiar² menikmati debu² ibu kota...karaoke adalah aktiviti mingguan keluargaku...bukan pandai sangat menyanyi, bukan suara selunak Tomok..cuma menghibur hati sendiri...seperti biasa aku akan menyanyikan killer song aku ; Biarlah Bulan Bicara...hehe...aku suka menyanyikan lagu ni kerana ianya tak tinggi, jadi suara aku boleh mantain...haha...selain pitching dalam nyanyian, strategi juga penting.


Bermain Boling Di Ampang Super Bowl, The Summit USJ
Selain menyanyi di pusat karaoke "Myvi"...opss sebelum tu biar aku terangkan kenapa aku menggelarkannya "Myvi"...actually konsep karaoke ni sama je dengan karaoke "Jamban" yang lain cuma booth dia dah macam belakang kereta Perodua Myvi...sebab tu aku menggelarkannya karaokee "Myvi"...nama ini juga telah sinonim dengan pengunjung² yang lain disini...tapi yang penting, sound system dia memang gempak...bila aku sedang menyanyi, aku rasakan seperti kumpulan Wings sedang mengiringi aku...hehe...jika tidak berkaraoke, aku dan isteriku akan bermain boling sambil diperhatikan oleh anak aku yakni sebagai pemerhati bebas...tetapi kebiasaan aku dan isteriku akan bermain boling bersama rakan² kami yang lain...dan untuk pengetahuan semua, sebenarnya aku masih baru berjinak² dengan arena boling ni...ini pun kerana isteriku minat akan sukan ni...kalau ikutkan aku, main snooker lagi best...lebih² kalau lucky ball...perghh, rindu aku zaman me"lucky" ni...tapi memang benar kata² isteri dan rakan²ku..."mainlah sekali, confirm ko ketagih lepas ni", begitulah lebih kurang kata² mereka...aku pun mencuba kerana terpaksa dan termakan pujuk rayu mereka...namun tidak ku duga, memang benar dan sahih kata² mereka...aku mula merasa "ketagihannya" selepas mencuba buat kali pertama...arghh, tak lena tidur malam aku memikirkannya...pernah aku main 4 games aku seorang kerana ketagihan...habis lenguh² tangan aku...dan sekarang aku telah melangkah ke dunia boling semi pro...sebelum ini aku selalu dikalahkan, dititik tapi sekarang.....tidak lagi...kepada isteri serta rakan²ku, kamu semua telah membuat silap dengan membawa seorang jaguh ke arena boling...kan sekarang korang dah tak boleh cari makan...hahaha(ketawa seorang egois).



Di Pulau Pehentian, Terengganu
Tetapi dalam banyak² aktiviti hujung minggu yang paling aku dan isteriku gemari adalah......BALIK KAMPUNG...masa plan nak balik kampung pun dah gembira semacam..apatah lagi masa perjalanan balik ke kampung...secara kebetulan dan telah tersurat, aku dan isteriku dari daerah yang sama iaitu Temerloh, Pahang...jadi tiada masalah bagi kami untuk pulang ke rumah siapa pun kerana rumah ibuku dengan rumah mertuaku hanya mengambil masa 45 minit perjalanan...kebiasaan kami akan balik dua kali sebulan...walaupun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh hanya mengambil masa dua jam sahaja, tetapi aku memang spesis yang suka berhenti minum dan makan dimana² hentian highway...tempat persinggahan yang wajib kami kunjungi adalah Genting Sempah dan D' Paya Serai (Petronas) sebelum Tol Bentong...walaupun perut telah diisi dari rumah, tapi sudah menjadi tabiat aku untuk berhenti...sekurang²nya minum...anakku, Adam juga telah menampakkan ciri² mengikuti perangaiku ini...dia akan menjadi tidak keruan jika dalam satu hari tidak membawa dia ke warung atau restoran...bukan dia nak makan sangat...cuma nak ambil feel dan cuci mata sahaja...hehe...jika aku mempunyai masa cuti yang agak panjang, aku akan membawa keluargaku bercuti...seperti bulan Mac yang lepas, aku dan keluargaku telah pergi ke Pulau Perhentian selama empat hari...terasa segala masalah kerja dan kebisingan hiruk piruk kota di lupakan sama sekali.

2 comments:

  1. men lucky ball mmg ketagih...ye la..name pun berjudi..tp skill dan strategi yg penting..ahahahak..koi pun puas mlawan nafsu utk melucky...alhamdulillah..skang mmg slow...

    ReplyDelete
  2. hehe..tau takpe..koi pun lame dh ninggalkan dunia me"lucky" ni..keknye klau ade kaki, jd ni..hehe..berejam pun takpe..ahaks..

    ReplyDelete