Blog Bodyguard

Wednesday, October 21, 2009

Ceritera Aku Di Pertengahan Syawal ( Episod 2 )

Amacam?...dah baca Ceritera Aku Di Pertengahan Syawal ( Episod 1)...so aku sekali lagi menjadi papa dalam masa 2 tahun ini...target aku ialah untuk mendapat 5 anak sebelum usiaku mencecah 35 tahun...hehe...masih ada 9 tahun lagi untuk aku berusaha...tapi kalau terlebih, alhamdulillah...ok, sekarang aku nak berkongsi satu lagi peristiwa yang berlaku pada diri aku di dalam bulan Syawal yang mulia ini...di sini semuanya bermula......


Pada 8 Oktober 2009 bersamaan dengan 20 Syawal 1430 Hijrah yakni hari Rabu, aku menghadiri mesyuarat seperti biasa di pejabatku...bermacam² agenda dan isu yang dibentangkan (segalanya sulit dan urusan kerajaan)...setelah mesyuarat itu hampir selesai...tiba² Pengurus aku meminta semua memberi perhatian kerana ada sesuatu yang ingin di khabarkannya...aku serta semua yang hadir di situ memberi sepenuh perhatian dan konsentrasi untuk mendengar perkhabaran itu...dalam hatiku mengharapkan syarikat akan memberi tambahan bonus lagi...hehe...dalam debaran menunggu perkhabaran itu, tiba² namaku di umumkan untuk tawaran yang lebih baik...kelu tidak terkata aku...lidah keras bak batu bata...mulut terkunci bagai dek mangga...uihh, macam pantun pula...hehe...Alhamdulillah, mungkin ini rezeki anak² aku...aku di beritahu akan mula bertugas di tempat baru pada 15 Oktober 2009...pada 14 Oktober 2009 yakni merupakan hari terakhir aku di tempat kerjaku, aku telah diraikan oleh staf² aku...macam² juadah yang disediakan...macam hari makan sedunia pula...hehe...masa tu aku rasa macam artis, semua orang mengambil gambar aku...hehe...(nanti jangan lupa email gambar tu)...selesai majlis, aku telah menerima sekeping kad bersaiz rasaksa...di mana di dalam kad itu mempunyai semua tandatangan dan ucapan dari semua staf²ku...terima kasih semua...pada petang hari pula, sedang aku sibuk pack barang aku di saat² akhir, aku di panggil oleh seorang rakan kerjaku untuk ke bilik Ketua Pegawai Operasi (C.O.O)...semasa aku sampai ke sana, aku sekali di kejutkan dengan majlis kejutan (suprise party)...kali ini diadakan oleh rakan² kerjaku serta pegawai² atasan...terima kasih kepada semua yang menjayakan "Farewell Party" untuk aku...segala kenangan bersama anda semua tidak akan aku lupakan...kini, aku dah mula bertugas di tempat baru...aku lebih banyak kerja di luar dan bermacam² tugas lagi yang sedang menunggu aku...selepas ini aku akan lebih banyak mengendalikan projek yang lebih besar dari sebelumnya...doakan aku sukses.

Ceritera Aku Di Pertengahan Syawal ( Episod 1 )

Perghh...agak lama aku tak update blog aku ini...rasa kaku jari jemari ini untuk bercerita...namun aku cuba gagahinya jua...hanya untuk berkongsi sebuah ceritera...untuk pengetahuan semua, bermacam² peristiwa yang telah berlaku di dalam diari hidup aku pada bulan Syawal yang mulia ini...disini semuanya bermula.....


24 September 2009 adalah hari terakhir aku bercuti...sepatutnya petang itu aku akan pulang bersama isteri dan anakku juga ditemani dengan manusia² yang sama² sibuk untuk pulang ke ibu kota pada hari berkenaan...namun kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari...apa yang aku rancangkan, tidak menjadi...pada hari berkenaan, aku berada di teratak bondaku di Kg. Paya Pulai...tiba² isteriku yang sedang mengandung 7 bulan mengadu pada aku yang dia sakit perut...sebagai seorang suami contoh di Malaysia ini, aku tanpa berlengah terus memangku isteriku ke dalam kereta dan membawanya ke hospital...kebetulan rumah bondaku hanya 1.5km jaraknya dengan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh...aku terus membawa isteriku ke Jabatan Kecemasan...sesampainya disana, aku terus berjumpa dengan doktor yang bertugas...doktor tersebut memaklumkan pada aku yang isteriku perlu ditahan di wad kerana perlu menjalani proses apa entah namanya setiap 4 jam sekali...ini kerana doktor² pakar yang ada sedang bercuti di kampung halaman masing²...aku pun terus menghubungi pegawai atasan aku untuk mengambil cuti kecemasan (EL)...setiap hari aku melawat dan menemani isteriku di hospital...sehinggakan isteri aku dibenarkan pulang pada 27 September 2009...3 hari dia di tahan di wad...isteri aku mendapat 2 minggu cuti sakit (MC)...jadi, bondaku menasihati supaya isteriku di tinggalkan di kampung sahaja memandangkan aku perlu pulang bekerja...bukan apa, takut apa² jadi kat rumah nanti...sekurang-kurangnya bila dia di kampung, mak aku boleh tengok²kan...lagipun anak sulung aku sukar untuk dikawal sekarang...maklumlah kuat main sangat...letih aku mengejarnya...pada 28 September 2009, buat kali pertama aku pulang ke ibu kota tanpa isteri dan anak di sisi...memang boring betul diaorang tak ada...aku mula bekerja seperti biasa dan menjalani kehidupan sebagai seorang "bujang sementara"...makan pun kat kedai...pakaian pun hantar dobi...memang boring la life aku...cuma aku punya banyak masa untuk main snuker...hehe...pada 1 Oktober 2009, semasa aku sedang enak dibuai mimpi, tiba² aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari bondaku...aku menjawab panggilan itu dengan keadaan mamai² kucing...bondaku memberitahu yang dia dan isteriku dalam perjalanan ke hospital kerana isteriku mengalami sakit perut yang teramat sangat...aku sempat bercakap dengan isteriku di talian dan isteriku meminta maaf padaku serta meminta aku menghalalkan semua makan minumnya...masa itu aku benar² sebak...serius beb...berlinang air mata lelaki aku...aku lihat jam menunjukkan pukul 3.50 pagi...tanpa berlengah, aku segera mencuci muka, pack barang² yang patut dan humbankan ke dalam bonet kereta...aku segera meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman...waktu itu cukup sentimental...hujan renyai menemani perjalanan aku di hening pagi hari itu...semasa di dalam perjalanan, pihak hospital telah menelefon aku yang mengatakan isteriku telah "buka jalan" dan boleh bersalin pada bila² masa sahaja...aku agak terperanjat memandangkan usia kandungan isteriku hanya berusia 33 minggu...aku terus meningkatkan kelajuan Persona aku di Lebuhraya Pantai Timur...di dalam hatiku, hanya terfikirkan isteriku serta anakku yang bakal dilahirkan...semasa aku sedang asyik memandu di luar kelajuan yang dihadkan, pihak hospital menelefon aku sekali lagi dan mengatakan isteriku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 5.14 pagi...Alhamdulillah, syukur aku kehadrat Ilahi kerana mengurniakan aku seorang lagi bayi lelaki dan menyelamatkan isteriku yang telah bersabung nyawa...aku benar² gembira dan teruja...aku sampai di hospital lebih kurang pukul 6 pagi...aku segera ke Dewan Bersalin...disana aku melihat bondaku, ibu mertuaku serta beberapa lagi sanak saudara serta ipar²ku berada di luar dengan senyuman...aku segera mendapatkan isteriku untuk melihat keadaannya..aku cium dahi dan pipi isteriku berulang kali...ketika itu aku dapat rasakan bahawa pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu memang cukup besar...tidak akan terbalas oleh setiap suami dan anak...aku menanyakan doktor yang bertugas bagaimana keadaan anakku...doktor berkenaan memberitahu anakku selamat dan stabil cuma perlu ditahan di wad N.I.C.U (Neonat Intensive Care Unit) kerana tidak cukup bulan...berat anakku hanya 1.6kg...sehingga saat aku menulis entri ini, anakku masih berada di dalam N.I.C.U sehingga berat badannya mencapai 2kg...tapi alhamdulilah, keadaannya stabil dan kuat sangat minum susu sekarang...setiap minggu aku akan balik ke Temerloh untuk melihat perkembangannya...mukanya saling tak tumpah macam abangnya; Muhammad Adam Danish...aku juga telah menamakan anak keduaku ini; Muhammad Amar Danish...Amar.....papa, mama dan abang Adam tidak sabar menunggu kepulanganmu ke rumah.