Blog Bodyguard

Wednesday, April 21, 2010

Mulanya Langkah Pertama

Semenjak kebelakangan ini, aku sering gusar, tidak keruan dan sentiasa melayang jauh akal ini...ia bagai terbang di awangan ke suatu destinasi yang masih jauh dan masih samar...dalam kejauhan dan kesamaran itu, sempat juga akalku berfungsi logik...bagaimana tanpa langkah pertama, destinasi itu akan dekat dan terang di hadapan...malah jika di izinkan Allah, mampu pula sampai ke destinasi tuju dan menerokai lebih pinjamanNya kepada kita...
 
Setiap kejayaan perlukan pengorbanan, yakni pengorbanan luar biasa...setiap kejayaan perlukan daya usaha, yakni usaha luar biasa...setiap kejayaan perlukan kecekalan, yakni kecekalan luar biasa...setiap kejayaan perlukan keperitan, yakni keperitan luar biasa...namun semua ini masih belum cukup luar biasa selagi langkah pertama tidak didahulukan...

Ianya cukup sampai di sini...biar ia berhenti di sini...aku perlu memperkemaskan diri untuk berperang di dunia lain...dunia yang baru aku cuba dekati...namun aku manusia dan manusia adalah ciptaan terhebat Allah S.W.T...mengapa aku perlu takut?...kenapa aku perlu teragak²?...apa akan jadi padaku kelak?...bolehkah aku?...mengapa?, kenapa?, apa?, bolehkah?...arghhh, soalan² inilah yang melemahkan diri...kita beramal seperti kita akan mati pada esok hari...kita mencari rezeki seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi...semalam, hari ini dan esok hari adalah episod² yang berbeza...

Masa akan menentukan segalanya...langkah pertama sudah aku latih ia...walaupun  berat kaki untuk memulakan langkah, aku perlu gagahi...aku perlu gagahinya demi keluargaku, demi masa depan anak²ku, demi rakan²ku...jika aku jatuh, aku punya kamu semua untuk bangunkan aku semula, namun jika aku berjaya, kejayaan ini milik kita semua...aku berkorban walaupun kerjayaku terpaksa aku tinggalkan demi sesuatu yang belum pasti pada zahirnya...namun di dalam hatiku, aku tahu kejayaan itu tidak jauh lagi di hadapanku...

Buat keluargaku...jika kejayaan ini dapat aku realisasikan...akan kita hidup lebih selesa...agar anak²ku tidak merasa keperitan hidup seperti mana semasa aku kecil dahulu...namun mereka perlu tahu bahawa wang tidak senang untuk di belanjakan...bukan kemewahan yang akan aku hujani mereka...cuma sedikit keselesaan yang tidak pernah aku kecapi sewaktu kecil dahulu...namun aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana aku punya ibu dan bapa yang cukup penyayang dan prihatin tentang aku...

Buat rakan²ku...jika kejayaan ini dapat aku nyatakan ia...akan kita kongsi bersama...tidak akan aku tinggalkan kamu semua...bertahun lamanya kita semua berkongsi saat suka dan duka...mengapa bila Allah pinjamkan aku sedikit pemberianNya kepada aku, kita rasainya bersama²...aku tidak pernah lupa bahawa kamu semua adalah rakan²ku yang amat luar biasa...sentiasa bersama aku tatkala aku susah atau senang...secara jujur, kamu semua tidak akan ada dalang gantinya di dunia ini dan kamu semua adalah orang yang benar² bergelar "SAHABAT"...

Dunia bisnes, kini seorang lagi insan datang untuk cuba bermain di duniamu.

Tuesday, March 23, 2010

Aku Menunggu Kehadiranmu Ke Garaj Rumahku



Hayabusa, kini aku rasakan masa semakin lambat berlalu...setiap detik umpama bertahun lamanya...Hayabusa, hadirlah kau segera...aku terlalu ingin membelaimu...mengapa April begitu lambat untuk menjelma...tak tertahan lagi aku menanti...benarlah kata pujangga, Penantian Itu Satu Penyeksaan.

Adam Sekali Lagi Melakar Sejarah

Dalam usianya yang mencecah 1 tahun 7 bulan, Adam sekali lagi melakar sejarah tersendirinya apabila berjaya merangkul gelaran "Baby Toy 'R" Us 2010" anjuran bersama Toy 'R' Us dan Mydin Mall, Subang Jaya...penyertaannya amat simple, bagi setiap pembelian berjumlah RM100 dalam satu resit di Mydin, secara automatik dapat menyertai satu sesi bergambar percuma...setelah selesai sesi bergambar, kita boleh memilih satu gambar untuk di print di dalam bentuk 4R...dan jika kita berminat untuk menyertai pertandingan ini, kita perlu membayar RM10 sebagai yuran penyertaan...so, apabila aku dan isteriku berbincang serta di'racuni' oleh staf Toy 'R' Us itu, kami pun sepakat untuk masuk peraduan ini...


Tup²...pada petang Ahad lepas, staf Toy 'R' Us telah menghubungi isteriku melalui telefon dan telah memaklumkan bahawa gambar Adam telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini...Alhamdulillah...namun secara jujurnya aku tak expect lansung yang Adam boleh menang dan memang aku dah lupa pun pasal pertandingan ni...yelah, masuk sekadar suka² je...erm, inilah yang di katakan rezeki...

Aku pun terus pergi ke Mydin untuk mengambil hadiah...so, antara hadiah yang Adam dapat, sijil, medal dan hamper dari Toy 'R' Us serta baucer membeli belah berharga RM500 dari Mydin Mall...lepas tu.....aku terus masuk Mydin dan berbelanja sakan...hahahaha...tapi bukan untuk aku la...untuk Adam dan adiknya, Amar...dan ini merupakan kejayaan Adam yang kedua selepas menjadi Johan "Pertandingan Bayi Comel Drypers" pada November lalu di The Store, Temerloh...(sila rujuk entri November; Rezeki Sekeping Gambar)

Monday, March 8, 2010

Aku Dan Angka 27


Hari ini; 8 Mac 2010...merupakan satu lagi transformasi angka di dalam hidup aku...kini aku sudah mencecah ke angka 27...kata orang; umur hanyalah angka namun bagi aku ia amat penting...dengan ini hanya tinggal 3 tahun untuk aku merealisasikan impian aku...3 tahun?...ianya tidak lama...pejam celik pejam celik...pasti 3 tahun itu akan tiba tanpa kita sedari...dan jika nafas tidak lagi di ambil Ilahi...

Sehingga kini aku bahagia dan bersyukur dengan apa yang telah aku ada...aku panjangkan kesyukuran ini buat bondaku yang telah melahirkan aku dan telah mendidik aku dengan begitu sempurna...juga aku bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang benar² menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna...dia tidak pernah leka dengan tanggungjawabnya...sentiasa bersama aku tatkala suka atau duka, susah atau senang...sentiasa menjaga aku, pemakaian aku, permakanan aku...terima kasih mama...

Erm...yang paling best ialah kek di atas di buat oleh isteriku sendiri...memang sedap...serius...nak rasa?...datanglah kat rumah...hehe...

Saturday, March 6, 2010

1 Islam

AKHIRAT DIDAHULUKAN
AMALAN DIUTAMAKAN

Wednesday, March 3, 2010

Kejayaan Lahir Dari Kegagalan


Aku bukanlah seorang jutawan...aku juga bukan seorang hartawan...aku tidak punya harta berjuta...tidak punya pangkat melangit...yang aku ada hanya sebuah impian...impian yang telah lama aku pendamkan...yang telah aku usahakan untuk merealisasikannya...cuma waktu belum menentukan...

Sehingga kini, sudah 27 tahun umur aku yang telah di pinjamkanNya...tatkala aku hampir ke puncak, aku tewas...tatkala kejayaan hampir aku capai, aku jatuh semula...namun aku gagahi semula satu per satu anak tangga...agar impian dapat di genggam, supaya kejayaan menanti di hadapan...

2010 benar² menguji aku...pelabagi ujian datang menimpa...belum habis satu, yang lain telah datang...walaupun ia tidak di undang, namun ia tetap harus aku tempuhi...suka atau duka, tawa atau tangis, atau apa saja...hidup perlu di teruskan...selagi hayat di kandung badan, selagi itulah akan aku kejar kejayaan itu...
Pelbagai ceritera aku baca...tidak ada seorang pun insan² yang berjaya di muka bumi ini yang tidak pernah gagal sebelumnya...kini aku pasti...kejayaan hanya lahir dari kegagalan dan usaha...aku tidak ingin membayangkan Bill Gates, Donald Trumph atau taikun² perniagaan dunia yang lain sebelum mereka berjaya...cukuplah sekadar kita melihat AC Mizal yang sebelum ini pernah jatuh teruk selepas merudumnya populariti 4U2C...hidupnya benar² susah...AC pernah putus asa dengan dunia ini...namun dengan sisa² semangat yang ada, demi usaha dan usaha, kini dia sudah pun menguruskan sebuah perniagaan yang berjumlah 200 juta...dia juga sudah mampu tersenyum dengan kejayaannya hari ini...

Dunia tidak kejam...tetapi kejayaan tidak akan menyapa anda sebelum anda mendekatinya.

Monday, February 22, 2010

Gula Bakal Berwajah Baru

Di sebabkan oleh harga gula yang telah naik, jadi pemilik² gula se-Malaysia juga akan menaiktaraf bungkusannya selaras dengan harga semasa...Di bawah adalah contoh² bungkusan yang sedang menunggu keputusan dari kabinet...
 Amacam...berani ke nak ambil gula secara berlebihan lagi...hehe...

Thursday, February 18, 2010

Bill Gates Info

 
Some information that maybe you don't know about Bill Gates (World Richest Man):-
  • Bill Gates earns US$250 every second, that's about US$20 Million a day and US$7.8 Billion a year.
  • If he drops a thousands dollar, he won't even bother to pick it up because the 4 seconds he picks it, he would've already earned it back.
  • The US national debt is about 5.62 Trillion, if Bill Gates were to pay debt by himself, he will finish it in less then 10 years.
  • He can donate US$15 to everyone on earth but still left with US$5 Million for his pocket money.
  • Michael Jordan is the highest paid athlete in US. If he doesn't drink and eat, and keeps up his annual income i.e US$30 Million, he'll have to wait for 277 years to become as rich as Bill Gates is now.
  • If Bill Gates was a country, he would be the 37th richest country on earth.
  • If you change all of Bill Gate's money to US$1 notes, you can make a road from earth to moon, 14 times back and forth. But you have to make that road non stop for 1400 years, and use a total of 713 BOEING 747 planes to transport all the money.
  • Bill Gates is 40 this year. If we assume that he will live for another 35 years, he has to spend US$6.78 Million per day to finish all his money before he go to heaven,
But.....

Last but not the least: If Microsoft Window's user can claim US$1 for every time their computers hang because of Microsoft Windows, Bill Gates will be bankrupt in 3 years!!!!!


Sunday, February 14, 2010

Jawatan Kosong Segera

Pengumuman...kepada sesiapa yang sedang mencari pekerjaan ataupun yang sudah bekerja tetapi ingin menambah pendapatan...kini satu jawatan baru telah dibuka...jawatan yang tidak akan pernah penuh...sentiasa ada kekosongan...cepat, jam sedang berdetik...tidak perlu berlengah lagi...pohonlah segera...data dan maklumat adalah seperti di bawah...terima kasih...

Friday, February 12, 2010

Apa Kejadahnya?


Sebenarnya senario permandangan begini sudah biasa di lihat di negara kita sejak kebelakangan ini...walaupun sudah di sarankan bahawa "Judi Adalah Haram Di Sisi Agama Islam ", namun semuanya buat endah tak endah je...contohnya lihat brother hensem, tampan dan bergaya dengan baju melayu itu (anak panah hijau)...dengan rasa confident yang tinggi dan dengan rasa tidak bersalahnya beratur untuk membeli nombor ekor...aku bukan apa, bukan baik sangat, bukan tak pernah buat dosa tapi agak² la...balik la rumah dulu tukar pakaian...memang betul, dosa sendiri tanggung tapi tak syok la...alahai, yang aku tak tahan  siap bersampin pulak tu...aduyai...nasib baik tak pakai songkok...kalau tak saling tak tumpah macam ahli politik.

Dulu Lain Sekarang Lain (Mawi)

Satu ketika dahulu, Asmawi bin Ani atau lebih di kenali dengan nama Mawi adalah hanya seorang pekerja yang bekerja di Giant (aku tak pasti cawangan mana)...dengan rambut yang disisir ke dahi, berkumis nipis dan memegang mikrofon, beliau cuba menghiburkan pengunjung² yang hadir...dengan gaji yang tidak seberapa, beliau gagahi jua demi sesuap nasi...namun segalanya berubah setelah beliau melakukan penghijrahan hidupnya dengan menghadiri ujibakat Akademi Fantasia (AF) musim ke-3...

Kini.....

beliau mampu duduk tersenyum dengan apa yang beliau capai dan milikinya sekarang...alah, tak perlu aku expain panjang² sebab korang semua mesti tahu dan mengikuti perkembangan peribadi dan karier beliau kan?..kan?..kan?..hehe...

Secara peribadi aku katakan yang aku bukanlah peminat atau kipas susah mati (die hard fan) Mawi...aku cuma mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan bahawa sesuatu kejayaan itu tidak akan datang bergolek...kita perlu melakukan sebuah penghijrahan di dalam hidup kita jika kita ingin berjaya.

Saturday, February 6, 2010

Kita Hanya Pelakon Dunia


Dunia ini umpama pentas wayang...skrip sudah pun tertulis...kita merupakan pelakon yang menjayakannya.....dan Pengarah ada di atas sana...yang melihat setiap episod yang diarahkanNya dan menilai sejauh mana ketabahan, kecekalan, kealpaan setiap pelakonNya...TanganNya senantiasa di hulurkan dan menantikan ayat keampunan diucapkan, diluahkan oleh setiap pelakon²Nya.

Thursday, February 4, 2010

Hebatnya Ujian Allah


Januari 2010...bulan yang benar² menguji ketabahan aku...menguji kecekalan aku...menguji naluri aku sebagai seorang insan kerdil di bumi Allah ini...begitu hebat ujian yang di bekalkanNya untukku...namun, sebagai hambanya aku redha dengan semua ujian ini...

Aku percaya, ujian hebat ini merupakan satu "panggilan" yang menyeru untuk aku kembali ke jalanNya setelah sekian lama aku sedang asyik alpa dengan duniawi...mungkin aku diantara insan terpilih yang diujiNya...Allah tidak akan menguji hambanya melainkan Dia tahu hambanya itu mampu menahan ujianNya itu...aku bersyukur ke hadratMu ya Allah kerana memilih aku dan masih meletakkan aku disisiMu...

Aku panjangkan kesyukuranku ini padaMu ya Allah kerana dengan ujian yang hebat dariMu ini telah menjadikan aku insan yang lebih tabah, lebih cekal dan redha...tanpa semua ini, mungkin aku masih alpa dan hanyut dengan duniawi...ya Allah, bukakanlah pintu hatiku ini seluas²nya agar aku terus berada di landasanmu ya Allah...


Aku akan memikul tanggungjawab yang telah Kau hadiahkan untukku...selagi aku bernyawa, selagi aku bernafas, akan aku jaganya...kerna aku tahu.....semua ini pasti ada hikmahnya.





Wednesday, January 27, 2010

Jawapan Soalan 2


Rumah Terbakar 

Untuk soalan ke 2 ini, didapati tiada pemenang yang tepat walaupun ada yang mencubanya...apa² pun, jgn give up...cuba lagi untuk soalan seterusnya...selamat berjaya.

Friday, January 15, 2010

Kempen Derma Dadah?



Hah?...Kempen Derma Dadah?...uiks, kempen macam ni pun ada ek?...aku rasa yang akan datang pun mat² dadah je...hehe...actually, banner ini telah tersalah print...so, lepas ni diharapkan pihak yang bertanggungjawab lebih prihatin dan alert sebelum membuat sesuatu...tak gitu?...apa² pun sebagai manusia, kita belajar dari kesilapan...walaupun kadang kala sesuatu kesilapan itu agak sukar untuk di terima akal.

Soalan 2

Dalam banyak² rumah, rumah apa yang paling banyak pakai air?.

( Jawapan akan di siarkan pada 19/1/2010 )

Jawapan Soalan 1

Sabun Jenama X

Betul tak?...hehe...kan kat setiap iklan ada je perbandingan dengan sabun jenama X...tapi tak pernah kita jumpa kat mana² kedai yang menjualnya...apa pun aku ada pemenangnya...pemenangnya adalah jiwangpc...Tahniah dari E-Azaman...anda akan menerima kredit panggilan percuma anda bernilai RM10 dalam tempoh 48 jam.

Peringatan Buat Kaum Hawa


Kepada kaum² Hawa sekalian, sukacita di ingatkan supaya korang semua lebih berhati² semasa menghadiri atau pergi ke tempat² yang sesak sama ada untuk beriadah atau melakukan aktiviti² sosial...korang boleh tengok sendiri contoh gambar di atas (rujuk anak panah)...di mana seorang lelaki dengan gaya yang bersahaja dan tanpa bersalah telah mengambil kesempatan terhadap seorang wanita.

So, aku ada satu nasihat yang berguna untuk semua kaum Hawa di luar sana...jika korang ingin melakukan sebarang aktivit sosial tetapi ragu² dengan keadaan sekeliling...ermmm...buang perasaan takut korang dan cuba ini (rujuk gambar dibawah )...Selamat Mencuba...apa pun kemungkinan ada dimana²...sendiri mahu ingat...





Thursday, January 14, 2010

Apa Kejadahnya Promosi Ini?


Erm...aku tak tahu nak komen apa² tentang promosi ini...dan aku juga tak pasti apa sebenarnya mesej yang cuba di sampaikannya...so, korang renung²kanlah sendiri...hehe...