Blog Bodyguard

Tuesday, September 15, 2009

Sedikit Informasi


Aku sedikit kecewa kerana projek kedua aku yang dijadualkan akan dilancarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu...projek ini tersasar dari jadual asal kerana buat masa sekarang aku sedang memberi fokus yang penuh kepada isteriku yang sedang sarat mengandung anak kedua kami yang dijangkakan akan lahir pada akhir bulan Oktober ataupun awal November ini...bagi seorang suami yang penyayang seperti aku, aku telah mengambil alih kerja² harian dirumah bagi pihak isteriku buat sementara waktu (memasak tidak terkandung didalam pakej ini)...disamping itu juga, aku akan "meninggalkan" blog ini seketika kerana aku ingin meraikan Syawal yang mulia ini bersama keluarga, saudara dan sahabat tersayang tanpa sebarang kerja..tanpa sebarang urusan..tanpa sebarang tekanan dan.....tanpa sebarang kesedihan.

No comments:

Post a Comment