Blog Bodyguard

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - 1430 Hijrah

Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri - 1430 Hijrah kepada seluruh umat Islam di dunia ini dengan ucapan:-

  • Maaf zahir dan batin jika ada ketelanjuran kata atau perbuatan...

  • Jika ada kelapangan, jangan segan silu untuk berkunjung ke teratak bonda aku di Kg. Paya Pulai pada hari raya pertama dan kedua sebelum aku pulang ke rumah mertua aku...

  • Jangan kecil hati kalau aku tak bagi duit raya kat korang coz duit raya aku hadkan kepada kanak² dibawah umur 12 tahun sahaja...hehe...

  • Memandulah dengan berhati²...Ingatlah orang tersayang yang sedang menunggu anda di kampung halaman...

  • Aku ada seorang anak dan seorang lagi bakal lahir...Jadi sediakan duit raya RM10 keatas sahaja untuk anak aku dan yang menyambut hari raya di dalam perut tu, korang boleh on behalf je pada aku...hehe...

  • Kepada rakan² "Karpet Hijau", sila beli barang² keperluan raya anda sebelum aku pulang ke kampung...dan asingkan duit perbelanjaan korang...Bukan apa, aku takut semunya habis didalam pertarungan...hahaha...

  • Dan yang paling penting.....JIKA ANDA TIDAK DAPAT BALIK KE KAMPUNG KERANA KEHABISAN TIKET..BERAYA SAJALAH DI TEMPAT KERJA ANDA ATAU DI MANA²...JANGAN SESEKALI BALIK KE KAMPUNG DALAM KEADAAN SEPERTI INI!!!(sila rujuk gambar dibawah)...base dege klau org temeloh kabo...
p/s : ini entri terakhir dari aku kerana aku akan mula bercuti dari 18 Sept. 2009 sehingga 24 Sept. 2009...so, akan ingin meluangkan sepenuh masa cuti aku bersama orang² tersayang...aku akan update semula blog ini selepas feel raya aku dah hilang...sekarang kepala dah teringat kat kampung je...ternampak² sambal petai mak aku...perghhh...W'salam.

No comments:

Post a Comment