Blog Bodyguard

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - 1430 Hijrah

Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri - 1430 Hijrah kepada seluruh umat Islam di dunia ini dengan ucapan:-

  • Maaf zahir dan batin jika ada ketelanjuran kata atau perbuatan...

  • Jika ada kelapangan, jangan segan silu untuk berkunjung ke teratak bonda aku di Kg. Paya Pulai pada hari raya pertama dan kedua sebelum aku pulang ke rumah mertua aku...

  • Jangan kecil hati kalau aku tak bagi duit raya kat korang coz duit raya aku hadkan kepada kanak² dibawah umur 12 tahun sahaja...hehe...

  • Memandulah dengan berhati²...Ingatlah orang tersayang yang sedang menunggu anda di kampung halaman...

  • Aku ada seorang anak dan seorang lagi bakal lahir...Jadi sediakan duit raya RM10 keatas sahaja untuk anak aku dan yang menyambut hari raya di dalam perut tu, korang boleh on behalf je pada aku...hehe...

  • Kepada rakan² "Karpet Hijau", sila beli barang² keperluan raya anda sebelum aku pulang ke kampung...dan asingkan duit perbelanjaan korang...Bukan apa, aku takut semunya habis didalam pertarungan...hahaha...

  • Dan yang paling penting.....JIKA ANDA TIDAK DAPAT BALIK KE KAMPUNG KERANA KEHABISAN TIKET..BERAYA SAJALAH DI TEMPAT KERJA ANDA ATAU DI MANA²...JANGAN SESEKALI BALIK KE KAMPUNG DALAM KEADAAN SEPERTI INI!!!(sila rujuk gambar dibawah)...base dege klau org temeloh kabo...
p/s : ini entri terakhir dari aku kerana aku akan mula bercuti dari 18 Sept. 2009 sehingga 24 Sept. 2009...so, akan ingin meluangkan sepenuh masa cuti aku bersama orang² tersayang...aku akan update semula blog ini selepas feel raya aku dah hilang...sekarang kepala dah teringat kat kampung je...ternampak² sambal petai mak aku...perghhh...W'salam.

Tuesday, September 15, 2009

Sedikit Informasi


Aku sedikit kecewa kerana projek kedua aku yang dijadualkan akan dilancarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu...projek ini tersasar dari jadual asal kerana buat masa sekarang aku sedang memberi fokus yang penuh kepada isteriku yang sedang sarat mengandung anak kedua kami yang dijangkakan akan lahir pada akhir bulan Oktober ataupun awal November ini...bagi seorang suami yang penyayang seperti aku, aku telah mengambil alih kerja² harian dirumah bagi pihak isteriku buat sementara waktu (memasak tidak terkandung didalam pakej ini)...disamping itu juga, aku akan "meninggalkan" blog ini seketika kerana aku ingin meraikan Syawal yang mulia ini bersama keluarga, saudara dan sahabat tersayang tanpa sebarang kerja..tanpa sebarang urusan..tanpa sebarang tekanan dan.....tanpa sebarang kesedihan.

Monday, September 14, 2009

Malam Juara-Juara


Semakin dekat Ramadhan ingin meninggalkan kita...semakin dekat Syawal akan menjelma...semakin sibuk berdering telefon bimbitku setiap hari...bukan sahaja kerana urusan kerja harianku tetapi juga panggilan dari rakan² kampungku...ini sudah menjadi kebiasaan bagi aku setiap kali Syawal bakal menjelma...waktu ini memang ajaib...rakan²ku yang dah lama tak contact pun boleh contact aku balik...aku tau kenapa ini berlaku...mengapa ianya berlaku...hanya kerana satu perkara iaitu....."Malam Juara-Juara" (MJJ)...MJJ adalah rutin tahunan aku dan rakan²ku...berbekalkan cue di tangan..kad di bibir meja..fokus dan penuh konsentratsi..melihat ke arah bola 14 dan 15 (bola kegemaran aku)..membidik dan ohhhh...gantung bola kat tepi lubang pulak....habislah aku kena pau...hehe...itulah keseronokan duniawi bagi aku...bukan kerana wang ringgit tapi disitulah lahirnya semangat persahabatan, kekuatan sesebuah persahabatan...mungkin cara aku dan kamu semua berbeza...aku menilai sebuah persahabatan di meja snuker...ianya lebih tulus dan ikhlas bagiku...sebelum berakhir, aku punya sedikit pesanan buat rakan²ku yang berada di kampung dan yang bakal balik ke kampung seperti aku:-
Pada rodong² yang dihormati...bersiap²lah aok me...kumpul duit bebanyok yak...bukan mende, takut telanjang je balik umoh nanti...haha...dan untok pengetahuan seme, koi dah gantung cue calibre koi...nantikanlah kemunculan cue "QQ v.3" koi...hehe...baru 2 bulan di pasaran...mantap amat cue ni...koi dengo cite Apis, Yie, Bad pun dah tuko cue baru...x sabo nok berentap dengan aok me...seperti biasa kita main 3-6-15...nunggu koi balik yak...x lame dah..khamis malam jumaat koi bertolak dari sini...jangan lupa bentang kapet meroh yak...hehe...(ayat² di atas bukanlah untuk membangga diri tetapi hanya sekadar nak memanaskan hati rakan² yang tersayang...di harap bila diaorang baca entri ni, ianya boleh membakar semangat untuk mereka)

Monday, September 7, 2009

Nuzul Al-Quran


Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.

Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Akan Datang.....

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini...aku dengan ini mengisytiharkan bahawa aku sedang dalam pembikinan projek kedua aku...aku sekarang sedang bertungkus lumus mendapatkan penceritaan yang sebenar dalam hidup kita...penceritaan yang kita lihat setiap hari kita tetapi kita butakan saja...penceritaan yang kita dengar setiap hari tetapi kita pekakkan telinga...penceritaan yang kita bualkan secara tersurat setiap hari tetapi kita bisukannya secara tersirat...aku juga begitu...alpa dengan permainan kehidupan...dunia segala²nya...tanpa pernah menoleh...tanpa pernah merasai...bahawa "seseorang" sedang melihat kita...tunggulah projek kedua aku dilancarkan...sama² kita berkongsi info dan saling tegur menegur...jika anda tidak mahu ditegur ataupun menegur...cukup sekadar anda membaca dan merasainya..Insyaalah, jika tiada halangan...aku akan lancarkan projek kedua aku sebelum Ramadhan berlalu dan Syawal menjelma...tungguuuuuuuu.

Wednesday, September 2, 2009

Kisah Cinta Tragis Tijah Binti Kulup Kecil


Tijah seorang budak kampung tetapi bekerja di Kuala Lumpur...biasalah, bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul...pakaian seksi maut...bercinta pula denagn lelaki mat saleh...ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yang bermata biru...punyalah eksyen si Tijah...sehinggalah suatu hari dia tenampak boyfriend mat salehnya dengan wanita lain yang lebih cantik dan bergaya daripadanya...Tijah menangis tiga hari tiga malam...pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubunganya dengan boyfriend mat salehnya itu...begini bunyi surat yang ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil yang berjaya "dicuri"...:-

Mike...i want to cut connection us...i have think about this very cook-cook...i know i clap one hand only...correctly, i have seen u and she walk-walk together at town with eyes myself...u grab hand she...u always ask for apology back-back...i don't trust u again...u are really crocodile land...my friend speak u play wood three...first-first i think my friend lie me...but now i know you correct-correct play wood three...so, i break connection to pull my body from this love triangle...i know this result i pick is very correct because u love she very high from me...so, i cut this connection to go far from here...i don't want u to play-play with my liver...i have been crying until no more eye water thinking about u...i don't want banana to fruit two times...safe walk......Tijah.