Blog Bodyguard

Wednesday, October 21, 2009

Ceritera Aku Di Pertengahan Syawal ( Episod 1 )

Perghh...agak lama aku tak update blog aku ini...rasa kaku jari jemari ini untuk bercerita...namun aku cuba gagahinya jua...hanya untuk berkongsi sebuah ceritera...untuk pengetahuan semua, bermacam² peristiwa yang telah berlaku di dalam diari hidup aku pada bulan Syawal yang mulia ini...disini semuanya bermula.....


24 September 2009 adalah hari terakhir aku bercuti...sepatutnya petang itu aku akan pulang bersama isteri dan anakku juga ditemani dengan manusia² yang sama² sibuk untuk pulang ke ibu kota pada hari berkenaan...namun kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari...apa yang aku rancangkan, tidak menjadi...pada hari berkenaan, aku berada di teratak bondaku di Kg. Paya Pulai...tiba² isteriku yang sedang mengandung 7 bulan mengadu pada aku yang dia sakit perut...sebagai seorang suami contoh di Malaysia ini, aku tanpa berlengah terus memangku isteriku ke dalam kereta dan membawanya ke hospital...kebetulan rumah bondaku hanya 1.5km jaraknya dengan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh...aku terus membawa isteriku ke Jabatan Kecemasan...sesampainya disana, aku terus berjumpa dengan doktor yang bertugas...doktor tersebut memaklumkan pada aku yang isteriku perlu ditahan di wad kerana perlu menjalani proses apa entah namanya setiap 4 jam sekali...ini kerana doktor² pakar yang ada sedang bercuti di kampung halaman masing²...aku pun terus menghubungi pegawai atasan aku untuk mengambil cuti kecemasan (EL)...setiap hari aku melawat dan menemani isteriku di hospital...sehinggakan isteri aku dibenarkan pulang pada 27 September 2009...3 hari dia di tahan di wad...isteri aku mendapat 2 minggu cuti sakit (MC)...jadi, bondaku menasihati supaya isteriku di tinggalkan di kampung sahaja memandangkan aku perlu pulang bekerja...bukan apa, takut apa² jadi kat rumah nanti...sekurang-kurangnya bila dia di kampung, mak aku boleh tengok²kan...lagipun anak sulung aku sukar untuk dikawal sekarang...maklumlah kuat main sangat...letih aku mengejarnya...pada 28 September 2009, buat kali pertama aku pulang ke ibu kota tanpa isteri dan anak di sisi...memang boring betul diaorang tak ada...aku mula bekerja seperti biasa dan menjalani kehidupan sebagai seorang "bujang sementara"...makan pun kat kedai...pakaian pun hantar dobi...memang boring la life aku...cuma aku punya banyak masa untuk main snuker...hehe...pada 1 Oktober 2009, semasa aku sedang enak dibuai mimpi, tiba² aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari bondaku...aku menjawab panggilan itu dengan keadaan mamai² kucing...bondaku memberitahu yang dia dan isteriku dalam perjalanan ke hospital kerana isteriku mengalami sakit perut yang teramat sangat...aku sempat bercakap dengan isteriku di talian dan isteriku meminta maaf padaku serta meminta aku menghalalkan semua makan minumnya...masa itu aku benar² sebak...serius beb...berlinang air mata lelaki aku...aku lihat jam menunjukkan pukul 3.50 pagi...tanpa berlengah, aku segera mencuci muka, pack barang² yang patut dan humbankan ke dalam bonet kereta...aku segera meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman...waktu itu cukup sentimental...hujan renyai menemani perjalanan aku di hening pagi hari itu...semasa di dalam perjalanan, pihak hospital telah menelefon aku yang mengatakan isteriku telah "buka jalan" dan boleh bersalin pada bila² masa sahaja...aku agak terperanjat memandangkan usia kandungan isteriku hanya berusia 33 minggu...aku terus meningkatkan kelajuan Persona aku di Lebuhraya Pantai Timur...di dalam hatiku, hanya terfikirkan isteriku serta anakku yang bakal dilahirkan...semasa aku sedang asyik memandu di luar kelajuan yang dihadkan, pihak hospital menelefon aku sekali lagi dan mengatakan isteriku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 5.14 pagi...Alhamdulillah, syukur aku kehadrat Ilahi kerana mengurniakan aku seorang lagi bayi lelaki dan menyelamatkan isteriku yang telah bersabung nyawa...aku benar² gembira dan teruja...aku sampai di hospital lebih kurang pukul 6 pagi...aku segera ke Dewan Bersalin...disana aku melihat bondaku, ibu mertuaku serta beberapa lagi sanak saudara serta ipar²ku berada di luar dengan senyuman...aku segera mendapatkan isteriku untuk melihat keadaannya..aku cium dahi dan pipi isteriku berulang kali...ketika itu aku dapat rasakan bahawa pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu memang cukup besar...tidak akan terbalas oleh setiap suami dan anak...aku menanyakan doktor yang bertugas bagaimana keadaan anakku...doktor berkenaan memberitahu anakku selamat dan stabil cuma perlu ditahan di wad N.I.C.U (Neonat Intensive Care Unit) kerana tidak cukup bulan...berat anakku hanya 1.6kg...sehingga saat aku menulis entri ini, anakku masih berada di dalam N.I.C.U sehingga berat badannya mencapai 2kg...tapi alhamdulilah, keadaannya stabil dan kuat sangat minum susu sekarang...setiap minggu aku akan balik ke Temerloh untuk melihat perkembangannya...mukanya saling tak tumpah macam abangnya; Muhammad Adam Danish...aku juga telah menamakan anak keduaku ini; Muhammad Amar Danish...Amar.....papa, mama dan abang Adam tidak sabar menunggu kepulanganmu ke rumah.

No comments:

Post a Comment