Blog Bodyguard

Friday, January 15, 2010

Kempen Derma Dadah?



Hah?...Kempen Derma Dadah?...uiks, kempen macam ni pun ada ek?...aku rasa yang akan datang pun mat² dadah je...hehe...actually, banner ini telah tersalah print...so, lepas ni diharapkan pihak yang bertanggungjawab lebih prihatin dan alert sebelum membuat sesuatu...tak gitu?...apa² pun sebagai manusia, kita belajar dari kesilapan...walaupun kadang kala sesuatu kesilapan itu agak sukar untuk di terima akal.

Soalan 2

Dalam banyak² rumah, rumah apa yang paling banyak pakai air?.

( Jawapan akan di siarkan pada 19/1/2010 )

Jawapan Soalan 1

Sabun Jenama X

Betul tak?...hehe...kan kat setiap iklan ada je perbandingan dengan sabun jenama X...tapi tak pernah kita jumpa kat mana² kedai yang menjualnya...apa pun aku ada pemenangnya...pemenangnya adalah jiwangpc...Tahniah dari E-Azaman...anda akan menerima kredit panggilan percuma anda bernilai RM10 dalam tempoh 48 jam.

Peringatan Buat Kaum Hawa


Kepada kaum² Hawa sekalian, sukacita di ingatkan supaya korang semua lebih berhati² semasa menghadiri atau pergi ke tempat² yang sesak sama ada untuk beriadah atau melakukan aktiviti² sosial...korang boleh tengok sendiri contoh gambar di atas (rujuk anak panah)...di mana seorang lelaki dengan gaya yang bersahaja dan tanpa bersalah telah mengambil kesempatan terhadap seorang wanita.

So, aku ada satu nasihat yang berguna untuk semua kaum Hawa di luar sana...jika korang ingin melakukan sebarang aktivit sosial tetapi ragu² dengan keadaan sekeliling...ermmm...buang perasaan takut korang dan cuba ini (rujuk gambar dibawah )...Selamat Mencuba...apa pun kemungkinan ada dimana²...sendiri mahu ingat...





Thursday, January 14, 2010

Apa Kejadahnya Promosi Ini?


Erm...aku tak tahu nak komen apa² tentang promosi ini...dan aku juga tak pasti apa sebenarnya mesej yang cuba di sampaikannya...so, korang renung²kanlah sendiri...hehe...

Wednesday, January 13, 2010

Soalan 1

Ada 1 jenama sabun. Ianya kerap di iklankan di kaca tv, radio mahupun surat khabar. Tetapi yang peliknya, ia tidak ada di jual di mana² hypermarket, mini market, kedai runcit dan mahupun kedai basikal. Apakah jenama sabun ini?

(Jawapan akan di siarkan pada 15/01/2010)

Jawab Dan Menang


Mulai hari ini, anda semua berpeluang untuk memenangi hadiah berupa kredit panggilan bernilai RM10 (Celcom/Maxis/Digi) jika anda dapat menjawab dengan tepat soalan² yang diberikan oleh agen² E-Azaman. Ok la tu, siapa lagi yang nak bagi kredit panggilan RM10 senang² camtu.

Untuk menyertai pertandingan ini, anda semua tidak perlu mendaftar atau membuat sebarang pembayaran. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberikan jawapan anda bersama nama dan nombor telefon bimbit anda di bahagian komen di bawah soalan berkenaan. Senang kan? 

Setiap soalan akan dikemukan selama 48 jam sebelum jawapan sebenar di paparkan. Siapa cepat dia dapat.  Pemenang akan di umukan bersama jawapan sebenar. So, apa tunggu lagi. sertailah sekarang. Jika tiada pemenang bagi setiap soalan yang di berikan, jumlah kredit panggilan akan di bawa ke hadapan dan di gandakan.
Ajak juga mana² rakan² anda yang genius, berpengetahuan tinggi dan yang paling penting adalah mereka sukakan cabaran. Are you dare?????


Tuesday, January 12, 2010

Rumahku Di Rompak Oleh Perompak


Salam, sari berita penting...rumah aku telah di rompak oleh perompak (takkan tokey ikan pulak)...kejadian berlaku semasa aku dan ahli keluargaku tiada di rumah...perompak ini pun satu, datanglah merompak masa aku ada di rumah...at least boleh la aku jamu dengan teh o and biskut kering...tak gitu?...

Kejadian di sedari oleh isteriku semasa kami sampai di rumah...ketika itu aku mendapati rumahku saling tak tumpah seperti "tongkang pecah"...setelah aku dan isteriku melakukan pemeriksaan, aku telah mendapati perompak itu talah berjaya melarikan sebuah benda yang membuatkan aku "panas" iaitu laptop aku...Arghhhh...agak² la wei...lu angkat la peti sejuk ke, mesin basuh ke, berus gigi ke...yang lu angkat laptop gua apa hal...lu tau tak itu ibarat nyawa gua...semua kerja² gua dalam tu tau...b***h, b**i, s**l, p*****k punya perompak...Astrafirullahalazim (cuba menenangkan hati yang sedang amarah)...


Selain itu, barang² kemas isteriku juga telah di ambilnya...lain² barang adalah duit, tabung anak² aku, dvd player dan juga dekorder Astro...wei, rumah lu takde Astro ke...lain  kali ambil la dengan piring²nya sekali...tapi yang lebih memanaskan hati aku ialah...dalam dvd player tu ada dvd kegemaran anak aku, Adam iaitu.....Upin & Ipin (Geng)...uihh, ini sudah lebih...benar² mencabar kesabaran aku...tak pasal² aku kena beli dvd player dengan dvd Upin & Ipin lagi...bukan apa,  Adam memang minat giler cerita ini...pernah sampai 2 kali dia ulang ceria ini 2 kali berturut-turut...

Aku telah melaporkan kejadian ini di Balai Polis Putra Height...sejurus kemudian mereka telah datang ke rumah aku untuk menangkap gambar dan mengambil sample cop jari...kini semuanya sedang dalam siasatan polis...Insyallah, jika perompak ini berjaya di berkas, aku "benar² ingin bersua kenal dan mengenalinya dengan lebih mendalam"

Saturday, January 9, 2010

Jangan "Add" Bos Anda Di Facebook



Erm...kenapa aku menyarankan supaya anda semua tidak "add" bos anda di Facebook...korang baca dan renung²kanlah artikel di atas...hehehe...tak pasal² kena buang kerja...apa² pun, "tepuk dada tanya selera".

Thursday, January 7, 2010

Berhati-Hati Membeli Buku Cerita Untuk Anak Anda


 Contoh Buku Yang Cuba Memanipulasi Pemikiran Kanak²

Peringatan dari Kerajaan E-Azaman kepada ibu dan bapa juga yang seangkatan dengannya:-
  • Berhati² untuk membeli buku cerita kanak² untuk anak anda dan pastikan dahulu isi kandungannya tidak menyalahi akal pemikiran seorang kanak²...Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya"...tapi seandainya tersalah lentur......haa.......lu pikiaq la sendiri ! 
Aku bukanlah seorang aktivis yang memperjuangkan hak asasi kanak²...cuma aku berbicara sebagai seorang yang bergelar bapa dengan penuh rasa kesal dengan semua ini....tidak cukupkah dengan apa yang telah berlaku pada dunia tatkala ini...mengapa ada lagi individu² yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk memanipulasi pula pemikiran kanak²...bagaimana dunia ingin sejahtera selagi semua ini berlaku dan tidak dihentikan.

    Wednesday, January 6, 2010

    Kembali Ke Dunia Papan Selaju (Skateboarding)


    Aku tidak tahu kenapa jiwa aku meronta² sejak kebelakangan ini...arghh.....kenapa ia datang kembali ke dalam kotak memoriku...kenapa kau hadir semula setelah aku cuba menjadikan kau sebagai kenangan yang terindah di dalam hidupku...kenapa?...mengapa?...mungkin inilah balasan setelah aku meninggalkan duniamu tanpa sebarang bicara...aku bukan sengaja...kau tahu bukan, bahawa aku amat menyayangimu cuma.....kecederaan lutut kananku memisahkan kita...satu tika dulu kau selalu di hatiku...kita tidak pernah berenggang...ke sekolah jua aku bawa kau...cuma sekali sekala aku tinggalkan kau ketika aku menemani bondaku ke pasar malam...hehehe...gempak tak muqadimah aku...hahahaha...

    Sebenarnya aku ingin memaklumkan bermula 2010 ini aku akan membuat comeback ke dalam skateboarding ini...aku tak tahu la kenapa tiba² aku rasa ingin menterjebakkan kembali ke dunia penuh kenangan buat aku satu masa dahulu...namun, bezanya cuma aku kini hanya bermain sebagai aktiviti riadah sahaja, bukan lagi menyertai arena profesional...kini aku dah ada geng baru...tak lain dan tak bukan...jeng..jeng..jeng...Adam (anak sulungku yang berusia 1 tahun 5 bulan)...tengok la skateboard dia seperti gambar di atas...hehe...nampaknya Adam menunjukkan minat yang mendalam didalam arena skateboarding ini...bayangkanlah, pukul 10 malam pun menangis datang kat aku minta skateboard dia...pagi² bangun tidur, terus cari skateboard...bak kata Adam; "pa..nat tek" (bermaksud; "papa, nak skate)...hahaha...

    Aku telah membeli skateboard aku dan Adam pada 3hb yang lalu di Sg. Wang Plaza...then petang terus aku terus try kat Skate Park Seksyen 13, Shah Alam...Alhamdullilah, kaki ini tidak "bangku" walaupun hampir 7 tahun aku meninggalkan arena ini...aku mencuba kembali favourite trick aku satu ketika dulu; noseslide...cubaan demi cubaan gagal...sehinggalah.....percubaan aku yang ke belasan kali (aku tak ingat) berjaya dan dalam erti kata lain telah land dengan sempurna...hanya Tuhan yang tahu perasaan aku pada ketika itu...serius...kini Adam pula sedang tekun dan gigih untuk belajar menstabilkan diri di atas skateboard...buat masa ini, aku masih memimpinnya...hopefully, dia akan menjadi seorang skaters yang ternama satu hari kelak...Aminnnn...apa² pun aku bersyukur yang teramat sangat kerana mempunyai seorang isteri yang cukup support aku dalam apa jua yang aku lakukan...

    Skateboarding...Aku datang lagi !

    Monday, January 4, 2010

    Selamat Datang 2010



    Aku harap aku masih belum terlewat untuk megucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua...firstly, aku nak memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana masih membenarkan aku terus bernafas dan menumpang di dunia ciptaanNya ini...juga masih mengizinkan aku untuk terus mencapai impianku yang masih terkandas...

    Alhamdulillah...jika dirumuskan secara keseluruhan, 65% impian aku di tahun 2009 telah tercapai...hanya beberapa perkara lagi yang perlu aku terus perjuangkan tahun ini...namun perjuangan tahun ini juga disertai dengan impian² baruku...aku tahu ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, namun ianya juga bukan sesuatu yang mustahil...berpegang aku pada madah orang² dulu....."Jika Ada Kemahuan, Di Situ ada Jalan"...

    Sedikit ringkasan impian yang telah aku capai untuk tahun 2009...aku telah mendapat cahaya mata keduaku, Muhammad Amar Danish...aku telah mendapat gaji seperti yang aku idamkan...hopefully tahun ni bertambah²lah increment ek...hehe...aku juga telah berjaya menghias rumah aku seperti rumah A.C Mizal...hehe...sorry A.C, ciplak interior design rumah lu...honestly, memang sempoiiiii...yang lain², biarlah aku rahsiakan ia...bukan apa, aku tidak mahu unsur² bongkak menyelimuti diri aku yang lemah ini...


    Mulai tahun ini, hanya tinggal 3 tahun lagi untuk aku bekerja (makan gaji)...apabila umurku mencecah 30 tahun kelak, aku akan memulakan perniagaan aku sendiri...walau sekecil mana perniagaanku sekalipun, aku tetap bertekad untuk merealisasikannya...percayalah, 9/10 dari punca rezeki adalah dari berniaga...dan aku juga perlu memastikan yang aku akan bergelar jutawan sebelum berumur 35 tahun...memiliki sebuah wisma sendiri...juga membeli sebuah rumah di Kubang Buaya, Kuantan...Insyaalah...Aminnnnn...


    Namun yang lebih penting dari semua itu, aku amat berharap bahawa aku akan menjadi seorang anak, suami, bapa serta abang yang terbaik untuk orang² tersayang aku...tidak ada makna jika aku capai semua impianku tanpa aku cuba perbaiki diriku ini...sama²lah kita menuju wawasan serta mencapai impian yang kita idam dan azamkan...semoga dengan kehadiran 2010 ini akan mengajar kita menjadi insan yang lebih matang dalam menempuh cabaran dan dugaan di muka bumi ini.

    Thursday, December 17, 2009

    Dalam Kenangan (Juggling)



    Juggling...aku mula bergiat aktif dengan permainan ini seiring semasa aku sedang aktif bermain skateboard...pada mulanya ianya hanya sekadar hiburan semata²...tidak ada kena mengena dengan permainan skateboard...ianya hanya sekadar permainan semasa sesi memanaskan badan atau sedang keletihan bermain skate...orang  yang bertanggungjawab mengajar aku untuk bermain permainan ini ialah Eyoi...

    Pada mulanya memang susah untuk bermain juggling ini...ianya memerlukan kesabaran yang terlampau...berbulan juga aku ambil masa untuk memahirkan diri...di rumah, habis bawang² mak aku aku lambung...ada yang sampai jadi lembik...masa tu, pantang aku tengok benda yang bulat, mesti aku kerja²kannya (hah! jangan fikir yang bukan² pulak)...sehinggalah aku suruh mak aku buatkan juggling untuk aku...dengan kain² perca yang lebih, aku curi pasir kat depan rumah nenek aku...kemudian aku sumbat dalam kain perca tu...jadilah juggling.

    Bermula pada saat itulah, aku mula menunjukkan minat yang agak mendalam dalam bermain juggling...setiap hari aku practice...ke sekolah pun aku bawa...pantang ada masa terluang, pasti aku main...hari berganti hari, bulan berganti bulan...skateboard dan juggling sukar dipisahkan lagi dari hidup aku...aku semakin mahir bermain juggling...begitu ramai anak didikku telah aku perturunkan ilmu...tapi mana boleh lawan sifu...hehe...

    Aku masih ingat pada tahun 1999, aku, Eyoi dan Mudin telah pergi ke ibu kota untuk masuk satu pertandingan skate yang di adakan di Sunway Pyramid....pertandingan itu dinamakan TImex Skateboarding Competition...malam itu kami bermalam di rumah seorang rakan di Sunway Mentari...pada malam itu juga, kami bersama skaters² yang lain telah melakukan vandilisme (main skate) di Sunway Pyramid sehingga di kejar oleh Pengawal Keselamatan yang bertugas...memang syok bila main skate dan main kejar² dengan pihak berkuasa...

    Esoknya, pertandingan pun bermula...macam biasalah, masing² menunjukkan dan memperagakan kemahiran bermain skateboard masing²...aku pun tak terlepas dari keegoaan itu...biasalah, awek plak ramai yang tengok...hehe...masa judges tengah kira² point, pihak penganjur telah memperlawa sesiapa yang berminat untuk masuk pertandingan sampingan iaitu "Juggling Game"...kawan² yang lain semua paksa aku masuk...aku buat la malu² tenok masa tu...hehe...padahal dalam hati bukan main nak masuk lagi...

    Seingat aku ada berbelas jugak la peserta yang join...Pa'din (Pro Skaters Malaysia) pun join...apa lagi, sekali lagi semua memperagakan kemahiran dan gaya masing²...nasib aku baik hari itu sebab semua skill aku  menjadi...makin bersemangat aku bila dengar jeritan dan sokongan dari rakan² skaters serta penonton yang hadir pada hari tu...lebih² lagi, awek² yang cun² belaka...hehe...

    Alhamdulillah, semua telah berakhir...kami menunggu keputusan dengan penuh rasa terujadan berdebar²...untuk pertandingan skate, aku dapat no.7 dan untuk juggling......ehem..ehem...aku jadi JOHAN...bukan Johan Raja Lawak tau...betul² Johan...hehe...ketika itu, entah siapa yang bawa dan kibarkan bendera Pahang, aku pun tak tahu...apa² pun, thanks a lot pada semua yang support aku...

    Lepas pertandingan itu, Boy (skaters dari PJ) selalu call aku...jika ada mana² pertandingan juggling, mesti dia inform aku...berpuluh juga la pertandingan juggling yang aku sertai dan hasilnya.....tempat pertama selalu di genggam...Alhamdulillah, setiap pertandingan aku tak pernah balik dengan tangan kosong...kini, aku sudah meninggalkan arena juggling ini...tapi untuk bermain kembali, ianya tiada masalah sebab kadang² aku juggling jugak bola snuker...hehehe..lepas gian.

    Wednesday, December 2, 2009

    Dalam Kenangan (Sesi Jamming)


    Studio Kembara, Putri Park Plaza (2001)


    Segalanya bermula pada tahun 2001...dimana 4 orang sahabat (aku, amin @ kumprinx, nd dan pedal) telah bertemu di sebuah kolej di ibu kota...dengan minat yang sama (MUZIK)...kami telah sepakat untuk jamming bersama...setelah "meriki" dari senior², kami telah mendapat pelan untuk ke studio jamming yang berhampiran...kami mulakan misi...misi yang lansung tiada persediaan...misi membabi buta...hanya kerana minat, kami berempat berjalan kaki ke tempat yang dituju...walaupun jauhnya 3km, kami gagahinya jua...hanya untuk melepaskan "gian" dan memperagakan kebolehan masing²...

    Setelah sampai, kami mengambil tempat masing²...sewaktu itu aku mengambil posisi sebagai drummer...waktu tu aku ni kiranya "Mike Portnoy Wannabe" la (rujuk gambar diatas)...masa tu rambut oren...hahaha...walaupun aku hanya boleh main dua tiga double padel tempo je, aku tetap berasa yakin akan diriku...hehe...kami pun start la jamming bersama...aku masih ingat lagu pertama yang kami main masa tu ialah When I Come Around (Green Day)...kami cuma mahu mencari keserasian sahaja untuk sesi jamming yang pertama itu...selepas itu, boleh dikatakan setiap hari kami jamming bersama...setelah hari demi hari, bulan berganti bulan...akhirnya kami telah mendapat keserasian yang kami cari dan kami selangkah maju ke hadapan untuk ke arah yang lebih profesional...hehe...



    Studio Basi (Taman Shamelin Perkasa)

    Setelah hampir 6 bulan bersama...kami telah temui Fadil...Fadil, seorang drummer yang cukup berpengalaman...aku betul² kagum dengan gayanya memperagakan aksi ketika bermain drum...saling tak tumpah macam Lars Ulrich (Drummer Metallica)...dengan bip tempo di bibir...perghh, serius beb...aku betul² kagum dengan dia...aku telah menyerahkan "kerusiku" kepadanya dan aku mengambil alih posisi sebagai gitarist...

    Disitulah kami semakin maju dan terus maju...dengan bimbingan sifu kami; nd...nd, seorang gitarist terbilang yang amat minat pada zaman² rock kapak...jari jemarinya lembut gemalai mengusik tali² yang tidak pernah berhenti beralun...aku betul² salute dengan nd...dan dialah yang banyak mengajar kami tentang apa itu muzik...yang paling bestnya, dia tak pernah kedekut ilmu walau sedikit pun...

    Waktu itu seingat aku, kami selalu memainkan lagu Fade To Black, Troopers, Creep dan lain² lagu yang aku sendiri pun dah tak berapa ingat.

    Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

    Pada ketika itu band kami amat berpengaruh di kalangan rakan² kolej...sehinggakan pihak pengurusan kolej memperlawa kami untuk perform di Majlis Bersama Graduan senior² kami...ketika itu, kami amat berbesar hati dengan perlawaan itu...seingat aku, kami telah memainkan 5 buah lagu pada malam itu...dengan crowd² yang sporting habis, majlis itu semakin happening...apa yang membuatkan kami puas ialah crowd² pada malam itu semua berpuas hati dengan persembahan kami...Kepuasan Pelanggan Adalah Keutamaan Kami...haha...pinjam tagline kejap...arghh, malas dah aku nak tulis panjang²...letih jari jemariku...biarlah semua itu aku simpan sebagai kenangan...kenangan ketika aku di usia muda remaja...snow cap 24 jam atas kepala...itu trademark aku...haha...







    Wednesday, November 18, 2009

    Rezeki Sekeping Gambar



    Pada 31/10/09, aku telah membawa anakku, Adam (gambar diatas) meronda² bersama...hanya berdua...ini kerna aku ingin meluangkan masa bersamanya setelah seminggu tidak berjumpa...sejak isteriku berpantang, aku hanya dapat meluangkan masa  2 hari sahaja bersama mereka iaitu hari Sabtu dan Ahad...

    Setelah aku dan Adam puas meronda dan mengeteh bersama rakan²ku di Kedai Kek Kak Yah...aku telah membawa Adam ke The Store yang hanya berhampiran...bukan untuk mencuci mata...aku membawanya kerana ingin membeli Drypers Adam yang semakin berkurangan stoknya...hehe...

    Setelah selesai aktiviti membeli belah kami, aku pun ke kaunter untuk membuat pembayaran...ketika itu aku di maklumkan untuk setiap pembelian jenama Drypers yang berharga RM50 ke atas, secara automatik ianya melayakkan bayi di bawah umur 2 tahun untuk menyertai "Pertandingan Bayi Comel Drypers"...aku pun bersetuju...alah, bukannya rugi kan?...jadi salah seorang daripada staf The Store itu telah mengambil gambar Adam...3 keping semuanya, tapi hanya sekeping yang boleh dipertandingkan...mereka menanyakan pendapat aku...aku cakaplah..."ikutlah mana² pun"...jadi gambar di ataslah yang mereka cadangkan...aku pun bersetuju...aku pun sambung balik meronda² dengan Adam...mama dia di hospital menyusukan adiknya...lagipun waktu tu bukan waktu melawat...so, aku tak boleh masuk...

    Pada 5/11/09 semasa aku di pejabat, pihak The Store telah menghubungi aku dan memaklumkan bahawa gambar Adam telah memenangi tempat pertama di dalam pertandingan itu...perghhh, terkejut biawak aku...serius...aku tak sangka ianya pergi sejauh ini...dan pihak The Store telah memaklumkan aku bahawa penyampaian hadiah diadakan pada 7/11/09...namun pada tarikh itu aku tidak dapat hadir kerana aku punya urusan di Ipoh...aku terus memaklumkan perkara ini kepada isteri serta keluargaku di kampung...macam biasalah, isteriku terus menangis kegembiraan...namun aku sedikit kecewa kerana tidak dapat bersama meraikan saat² gembira ini...

    Adam telah memenangi:-

    • Trofi,


    • Baucer membeli-belah di semua outlet The Store seluruh Malaysia bernilai RM500,


    • Hamper dari Drypers bernilai RM300 dan.....


    • Penyertaan secara automatik ke "Pertandingan Bayi Comel Drypers 2009 Peringkat Malaysia" yang akan di ketahui keputusannya pada bulan Januari 2010.

    Terima kasih The Store dan Drypers.

    Friday, November 13, 2009

    Menyambung Impian Yang Terkandas



    2010..hanya tinggal 48 hari sebelum ianya menjelma..apa impian kita?...adakah tahun ini sudah tercapai ia?...atau hanya tinggal impian...impian yang tak pernah sudah...

    aku sudah merangka impian itu...bukan impian baru tetapi....menyambung impian yang terkandas suatu masa dahulu...impian yang hampir di realisasikan 9 tahun dahulu...

    ketika itu...aku amat hampir ke puncak...hampir mencapai ia...hampir menggenggam ia...namun.....kecederaan membantutkan segalanya...kecederaan lutut kananku telah meragut impian itu dari menjadi nyata...namun aku pasrah...pasrah dengan ketentuan Ilahi...6 bulan di atas kerusi roda, menjadikan aku insan yang lebih tabah...

    namun kini...dengan impian yang sama...dengan semangat yang sama...dengan misi yang sama...aku telah berazam untuk "mengurungkan" kembali diriku di rumah besi (gimnasium) selama setahun bermula 01-01-2010...

    hopefully impian aku yang telah terkandas selama 9 tahun ini akan tercapai sepenuhnya...bukan niatku untuk memperagakan tubuh badan tetapi ia hanyalah sekadar kepuasan bagi diri aku sendiri...kepuasan yang tidak boleh aku lontarkan dengan kata²...juga tidak mampu aku lukiskan ia...doakan aku sukses.

    Thursday, November 12, 2009

    Perjalanan Yang Tak Sudah




    26 tahun aku kini...terlalu jauh perjalanan telah aku tempuhi..berbagai keperitan telah aku lalui...suka dan duka bersilih ganti...namun, kehidupan bukan hanya untuk hari ini...ia harus pergi dan terus pergi...selagi langkah tidak terhenti...sebelum nafas diambil Ilahi...

    Aku berjalan dan terus berjalan...tiada halangan yang dapat menahan...selagi kudrat ada di badan...aku tujui penamat garisan...agar tidak lagi dunia di beban...sepertinya aku seorang insan...yang membawa nama Azaman...

    Tapi kini aku sedari...mengapa masa depan hanya di cari...sehingga manusia lupa diri...hingga tergadai maruah peribadi...agama sendiri di tolak tepi...sesama manusia mencerca maki...

    Arghhh...bosan sudah aku permainan dunia...dunia yang cuba di cipta manusia...kenapa?...mengapa?...jangan sesekali di soal ia...kerna ia sudah punya Pencipta...yang maha esa lagi berkuasa...kita cuma insan biasa...patuh dan ikut saja suruhanNya...

    Semakin jauh kita berjalan...semakin jauh kita ketinggalan...hanya ilmu jadi peneman...agar kita tidak kesesatan...dalam dunia yang penuh harapan...harapan setiap manusia jutaan...

    Aku tinggalkan entri ini...bukan cuba melarikan diri...hanya selami apa kata hati...juga bukan membangga diri...hanya mentarbiah diri sendiri...agar kesesatan berhenti di sini...jalan yang benar setia menanti...agar dapat akui lalui...dengan tenang dan senang hati...

    Jika poyo ayat ini...butakan mata, jauhkan diri...agar tiada siapa terasa hati...cuma bangunlah dari mimpi...mimpi yang indah sebenarnya ngeri.

    (ayat² di atas di karang oleh aku sewaktu aku 100% dalam keadaan normal...ianya tidak "dibantu" oleh sebarang jenis alkohol dan dadah larangan...ianya hanya sebuah luahan kata hati yang memberonta ingin berbicara)

    Monday, November 2, 2009

    Dalam Kenangan (Papan Selaju a.k.a Skateboard)


    Aku mula berjinak-jinak dengan sukan ekstrem ini pada tahun 1996...ketika itu aku berada di Tingkatan 1...aku memang terlalu meminati sukan ini...jika remaja² lain seusia aku keluar ke bandar pada hujung minggu dengan berpakaian kemas, rambut disisir rapi, dan wallet chain berkilat di seluar serta melepak di penggiran plaza hanya untuk memerhatikan dan mengusik anak² gadis yang sedang berpeleseran.....aku tidak sekali...bukan kerana aku baik, bukan kerana aku berfikiran matang, bukan juga aku gay tapi misi aku keluar ke bandar hanya untuk tengok skaters² memperagakan gaya permainan masing²...mula² aku hanya sekadar tengok tetepi lama kelamaan aku mula jadi kepingan untuk mencuba...setelah hampir 3 bulan aku menjadi pemerhati yang setia, buat kali pertama aku ditawarkan oleh seorang rakanku untuk mencuba (itupun sebab dia injured, kalau tak, tak pernah di pelawanya)...hehe...tapi, apa² pun aku berterima kasih padanya...disinilah kerjaya aku sebagai seorang skaters bermula...bila tengok orang main, macam senang je...tapi bila sendiri mencuba.....erm baru tau...nak imbang atas skateboard pun susah...pelajaran pertama yang aku pelajari adalah "Ollie"...itu adalah asas dalam permainan skateboard...sifu aku ketika itu adalah Mie Hardkoi...dia merupakan skaters yang paling terbilang di Temerloh ketika itu...namanya gah di atas...selain status pro yang dipegangnya, dia juga merupakan editor zine Hardkoi...dia juga adalah pengasas Dread Locks di Temerloh...pelik bebenor aku nengok rambutnye, bersimpui²...juga dengan kepakaran weldingnya, dia menghasilkan prop² sendiri seperti rail dan sebagainya...ketika itu skate park pertama di Temerloh adalah di lorong Panasonic, depan pasar lama...setelah teguran demi teguran, makian demi makian daripada tokey kedai itu, kami telah berpindah ke satu kawasan lapang tepi restoran cina di belakang Bank Simpanan Nasional (BSN)...ketika itu adalah zaman kegemilangan scene skateboarding Temerloh...aku masih ingat lagi skaters² ketika itu, Mie, Kemal, Hairy, Ayiel, Lo, One-D, Hafiz, Kuyie, Aye, Jongos, Epul, K-One, Eyoi, Asraf, Mudin, Kerul, Budi, Yuyu dan beberapa nama lagi yang aku dah tak berapa ingat...sekarang semua sudah bersara melainkan Aye...yang lain kebanyakan semua dah kahwin dan dah ada anak...tapi masih berhubung di facebook dan sesekali terjumpa di Temerloh...aku harap suatu hari akan ada gathering untuk para² skaters lama...makan², borak² dan mengimbau kembali kenangan² lama...Aminnnnn...

    Wednesday, October 21, 2009

    Ceritera Aku Di Pertengahan Syawal ( Episod 2 )

    Amacam?...dah baca Ceritera Aku Di Pertengahan Syawal ( Episod 1)...so aku sekali lagi menjadi papa dalam masa 2 tahun ini...target aku ialah untuk mendapat 5 anak sebelum usiaku mencecah 35 tahun...hehe...masih ada 9 tahun lagi untuk aku berusaha...tapi kalau terlebih, alhamdulillah...ok, sekarang aku nak berkongsi satu lagi peristiwa yang berlaku pada diri aku di dalam bulan Syawal yang mulia ini...di sini semuanya bermula......


    Pada 8 Oktober 2009 bersamaan dengan 20 Syawal 1430 Hijrah yakni hari Rabu, aku menghadiri mesyuarat seperti biasa di pejabatku...bermacam² agenda dan isu yang dibentangkan (segalanya sulit dan urusan kerajaan)...setelah mesyuarat itu hampir selesai...tiba² Pengurus aku meminta semua memberi perhatian kerana ada sesuatu yang ingin di khabarkannya...aku serta semua yang hadir di situ memberi sepenuh perhatian dan konsentrasi untuk mendengar perkhabaran itu...dalam hatiku mengharapkan syarikat akan memberi tambahan bonus lagi...hehe...dalam debaran menunggu perkhabaran itu, tiba² namaku di umumkan untuk tawaran yang lebih baik...kelu tidak terkata aku...lidah keras bak batu bata...mulut terkunci bagai dek mangga...uihh, macam pantun pula...hehe...Alhamdulillah, mungkin ini rezeki anak² aku...aku di beritahu akan mula bertugas di tempat baru pada 15 Oktober 2009...pada 14 Oktober 2009 yakni merupakan hari terakhir aku di tempat kerjaku, aku telah diraikan oleh staf² aku...macam² juadah yang disediakan...macam hari makan sedunia pula...hehe...masa tu aku rasa macam artis, semua orang mengambil gambar aku...hehe...(nanti jangan lupa email gambar tu)...selesai majlis, aku telah menerima sekeping kad bersaiz rasaksa...di mana di dalam kad itu mempunyai semua tandatangan dan ucapan dari semua staf²ku...terima kasih semua...pada petang hari pula, sedang aku sibuk pack barang aku di saat² akhir, aku di panggil oleh seorang rakan kerjaku untuk ke bilik Ketua Pegawai Operasi (C.O.O)...semasa aku sampai ke sana, aku sekali di kejutkan dengan majlis kejutan (suprise party)...kali ini diadakan oleh rakan² kerjaku serta pegawai² atasan...terima kasih kepada semua yang menjayakan "Farewell Party" untuk aku...segala kenangan bersama anda semua tidak akan aku lupakan...kini, aku dah mula bertugas di tempat baru...aku lebih banyak kerja di luar dan bermacam² tugas lagi yang sedang menunggu aku...selepas ini aku akan lebih banyak mengendalikan projek yang lebih besar dari sebelumnya...doakan aku sukses.

    Ceritera Aku Di Pertengahan Syawal ( Episod 1 )

    Perghh...agak lama aku tak update blog aku ini...rasa kaku jari jemari ini untuk bercerita...namun aku cuba gagahinya jua...hanya untuk berkongsi sebuah ceritera...untuk pengetahuan semua, bermacam² peristiwa yang telah berlaku di dalam diari hidup aku pada bulan Syawal yang mulia ini...disini semuanya bermula.....


    24 September 2009 adalah hari terakhir aku bercuti...sepatutnya petang itu aku akan pulang bersama isteri dan anakku juga ditemani dengan manusia² yang sama² sibuk untuk pulang ke ibu kota pada hari berkenaan...namun kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari...apa yang aku rancangkan, tidak menjadi...pada hari berkenaan, aku berada di teratak bondaku di Kg. Paya Pulai...tiba² isteriku yang sedang mengandung 7 bulan mengadu pada aku yang dia sakit perut...sebagai seorang suami contoh di Malaysia ini, aku tanpa berlengah terus memangku isteriku ke dalam kereta dan membawanya ke hospital...kebetulan rumah bondaku hanya 1.5km jaraknya dengan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh...aku terus membawa isteriku ke Jabatan Kecemasan...sesampainya disana, aku terus berjumpa dengan doktor yang bertugas...doktor tersebut memaklumkan pada aku yang isteriku perlu ditahan di wad kerana perlu menjalani proses apa entah namanya setiap 4 jam sekali...ini kerana doktor² pakar yang ada sedang bercuti di kampung halaman masing²...aku pun terus menghubungi pegawai atasan aku untuk mengambil cuti kecemasan (EL)...setiap hari aku melawat dan menemani isteriku di hospital...sehinggakan isteri aku dibenarkan pulang pada 27 September 2009...3 hari dia di tahan di wad...isteri aku mendapat 2 minggu cuti sakit (MC)...jadi, bondaku menasihati supaya isteriku di tinggalkan di kampung sahaja memandangkan aku perlu pulang bekerja...bukan apa, takut apa² jadi kat rumah nanti...sekurang-kurangnya bila dia di kampung, mak aku boleh tengok²kan...lagipun anak sulung aku sukar untuk dikawal sekarang...maklumlah kuat main sangat...letih aku mengejarnya...pada 28 September 2009, buat kali pertama aku pulang ke ibu kota tanpa isteri dan anak di sisi...memang boring betul diaorang tak ada...aku mula bekerja seperti biasa dan menjalani kehidupan sebagai seorang "bujang sementara"...makan pun kat kedai...pakaian pun hantar dobi...memang boring la life aku...cuma aku punya banyak masa untuk main snuker...hehe...pada 1 Oktober 2009, semasa aku sedang enak dibuai mimpi, tiba² aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari bondaku...aku menjawab panggilan itu dengan keadaan mamai² kucing...bondaku memberitahu yang dia dan isteriku dalam perjalanan ke hospital kerana isteriku mengalami sakit perut yang teramat sangat...aku sempat bercakap dengan isteriku di talian dan isteriku meminta maaf padaku serta meminta aku menghalalkan semua makan minumnya...masa itu aku benar² sebak...serius beb...berlinang air mata lelaki aku...aku lihat jam menunjukkan pukul 3.50 pagi...tanpa berlengah, aku segera mencuci muka, pack barang² yang patut dan humbankan ke dalam bonet kereta...aku segera meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman...waktu itu cukup sentimental...hujan renyai menemani perjalanan aku di hening pagi hari itu...semasa di dalam perjalanan, pihak hospital telah menelefon aku yang mengatakan isteriku telah "buka jalan" dan boleh bersalin pada bila² masa sahaja...aku agak terperanjat memandangkan usia kandungan isteriku hanya berusia 33 minggu...aku terus meningkatkan kelajuan Persona aku di Lebuhraya Pantai Timur...di dalam hatiku, hanya terfikirkan isteriku serta anakku yang bakal dilahirkan...semasa aku sedang asyik memandu di luar kelajuan yang dihadkan, pihak hospital menelefon aku sekali lagi dan mengatakan isteriku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 5.14 pagi...Alhamdulillah, syukur aku kehadrat Ilahi kerana mengurniakan aku seorang lagi bayi lelaki dan menyelamatkan isteriku yang telah bersabung nyawa...aku benar² gembira dan teruja...aku sampai di hospital lebih kurang pukul 6 pagi...aku segera ke Dewan Bersalin...disana aku melihat bondaku, ibu mertuaku serta beberapa lagi sanak saudara serta ipar²ku berada di luar dengan senyuman...aku segera mendapatkan isteriku untuk melihat keadaannya..aku cium dahi dan pipi isteriku berulang kali...ketika itu aku dapat rasakan bahawa pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu memang cukup besar...tidak akan terbalas oleh setiap suami dan anak...aku menanyakan doktor yang bertugas bagaimana keadaan anakku...doktor berkenaan memberitahu anakku selamat dan stabil cuma perlu ditahan di wad N.I.C.U (Neonat Intensive Care Unit) kerana tidak cukup bulan...berat anakku hanya 1.6kg...sehingga saat aku menulis entri ini, anakku masih berada di dalam N.I.C.U sehingga berat badannya mencapai 2kg...tapi alhamdulilah, keadaannya stabil dan kuat sangat minum susu sekarang...setiap minggu aku akan balik ke Temerloh untuk melihat perkembangannya...mukanya saling tak tumpah macam abangnya; Muhammad Adam Danish...aku juga telah menamakan anak keduaku ini; Muhammad Amar Danish...Amar.....papa, mama dan abang Adam tidak sabar menunggu kepulanganmu ke rumah.