Blog Bodyguard

Wednesday, April 21, 2010

Mulanya Langkah Pertama

Semenjak kebelakangan ini, aku sering gusar, tidak keruan dan sentiasa melayang jauh akal ini...ia bagai terbang di awangan ke suatu destinasi yang masih jauh dan masih samar...dalam kejauhan dan kesamaran itu, sempat juga akalku berfungsi logik...bagaimana tanpa langkah pertama, destinasi itu akan dekat dan terang di hadapan...malah jika di izinkan Allah, mampu pula sampai ke destinasi tuju dan menerokai lebih pinjamanNya kepada kita...
 
Setiap kejayaan perlukan pengorbanan, yakni pengorbanan luar biasa...setiap kejayaan perlukan daya usaha, yakni usaha luar biasa...setiap kejayaan perlukan kecekalan, yakni kecekalan luar biasa...setiap kejayaan perlukan keperitan, yakni keperitan luar biasa...namun semua ini masih belum cukup luar biasa selagi langkah pertama tidak didahulukan...

Ianya cukup sampai di sini...biar ia berhenti di sini...aku perlu memperkemaskan diri untuk berperang di dunia lain...dunia yang baru aku cuba dekati...namun aku manusia dan manusia adalah ciptaan terhebat Allah S.W.T...mengapa aku perlu takut?...kenapa aku perlu teragak²?...apa akan jadi padaku kelak?...bolehkah aku?...mengapa?, kenapa?, apa?, bolehkah?...arghhh, soalan² inilah yang melemahkan diri...kita beramal seperti kita akan mati pada esok hari...kita mencari rezeki seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi...semalam, hari ini dan esok hari adalah episod² yang berbeza...

Masa akan menentukan segalanya...langkah pertama sudah aku latih ia...walaupun  berat kaki untuk memulakan langkah, aku perlu gagahi...aku perlu gagahinya demi keluargaku, demi masa depan anak²ku, demi rakan²ku...jika aku jatuh, aku punya kamu semua untuk bangunkan aku semula, namun jika aku berjaya, kejayaan ini milik kita semua...aku berkorban walaupun kerjayaku terpaksa aku tinggalkan demi sesuatu yang belum pasti pada zahirnya...namun di dalam hatiku, aku tahu kejayaan itu tidak jauh lagi di hadapanku...

Buat keluargaku...jika kejayaan ini dapat aku realisasikan...akan kita hidup lebih selesa...agar anak²ku tidak merasa keperitan hidup seperti mana semasa aku kecil dahulu...namun mereka perlu tahu bahawa wang tidak senang untuk di belanjakan...bukan kemewahan yang akan aku hujani mereka...cuma sedikit keselesaan yang tidak pernah aku kecapi sewaktu kecil dahulu...namun aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana aku punya ibu dan bapa yang cukup penyayang dan prihatin tentang aku...

Buat rakan²ku...jika kejayaan ini dapat aku nyatakan ia...akan kita kongsi bersama...tidak akan aku tinggalkan kamu semua...bertahun lamanya kita semua berkongsi saat suka dan duka...mengapa bila Allah pinjamkan aku sedikit pemberianNya kepada aku, kita rasainya bersama²...aku tidak pernah lupa bahawa kamu semua adalah rakan²ku yang amat luar biasa...sentiasa bersama aku tatkala aku susah atau senang...secara jujur, kamu semua tidak akan ada dalang gantinya di dunia ini dan kamu semua adalah orang yang benar² bergelar "SAHABAT"...

Dunia bisnes, kini seorang lagi insan datang untuk cuba bermain di duniamu.

No comments:

Post a Comment