Pengumuman...kepada sesiapa yang sedang mencari pekerjaan ataupun yang sudah bekerja tetapi ingin menambah pendapatan...kini satu jawatan baru telah dibuka...jawatan yang tidak akan pernah penuh...sentiasa ada kekosongan...cepat, jam sedang berdetik...tidak perlu berlengah lagi...pohonlah segera...data dan maklumat adalah seperti di bawah...terima kasih...
Sunday, February 14, 2010
Friday, February 12, 2010
Apa Kejadahnya?
Sebenarnya senario permandangan begini sudah biasa di lihat di negara kita sejak kebelakangan ini...walaupun sudah di sarankan bahawa "Judi Adalah Haram Di Sisi Agama Islam ", namun semuanya buat endah tak endah je...contohnya lihat brother hensem, tampan dan bergaya dengan baju melayu itu (anak panah hijau)...dengan rasa confident yang tinggi dan dengan rasa tidak bersalahnya beratur untuk membeli nombor ekor...aku bukan apa, bukan baik sangat, bukan tak pernah buat dosa tapi agak² la...balik la rumah dulu tukar pakaian...memang betul, dosa sendiri tanggung tapi tak syok la...alahai, yang aku tak tahan siap bersampin pulak tu...aduyai...nasib baik tak pakai songkok...kalau tak saling tak tumpah macam ahli politik.
Dulu Lain Sekarang Lain (Mawi)
Satu ketika dahulu, Asmawi bin Ani atau lebih di kenali dengan nama Mawi adalah hanya seorang pekerja yang bekerja di Giant (aku tak pasti cawangan mana)...dengan rambut yang disisir ke dahi, berkumis nipis dan memegang mikrofon, beliau cuba menghiburkan pengunjung² yang hadir...dengan gaji yang tidak seberapa, beliau gagahi jua demi sesuap nasi...namun segalanya berubah setelah beliau melakukan penghijrahan hidupnya dengan menghadiri ujibakat Akademi Fantasia (AF) musim ke-3...
Kini.....
beliau mampu duduk tersenyum dengan apa yang beliau capai dan milikinya sekarang...alah, tak perlu aku expain panjang² sebab korang semua mesti tahu dan mengikuti perkembangan peribadi dan karier beliau kan?..kan?..kan?..hehe...
Secara peribadi aku katakan yang aku bukanlah peminat atau kipas susah mati (die hard fan) Mawi...aku cuma mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan bahawa sesuatu kejayaan itu tidak akan datang bergolek...kita perlu melakukan sebuah penghijrahan di dalam hidup kita jika kita ingin berjaya.
Saturday, February 6, 2010
Kita Hanya Pelakon Dunia
Dunia ini umpama pentas wayang...skrip sudah pun tertulis...kita merupakan pelakon yang menjayakannya.....dan Pengarah ada di atas sana...yang melihat setiap episod yang diarahkanNya dan menilai sejauh mana ketabahan, kecekalan, kealpaan setiap pelakonNya...TanganNya senantiasa di hulurkan dan menantikan ayat keampunan diucapkan, diluahkan oleh setiap pelakon²Nya.
Thursday, February 4, 2010
Hebatnya Ujian Allah
Januari 2010...bulan yang benar² menguji ketabahan aku...menguji kecekalan aku...menguji naluri aku sebagai seorang insan kerdil di bumi Allah ini...begitu hebat ujian yang di bekalkanNya untukku...namun, sebagai hambanya aku redha dengan semua ujian ini...
Aku percaya, ujian hebat ini merupakan satu "panggilan" yang menyeru untuk aku kembali ke jalanNya setelah sekian lama aku sedang asyik alpa dengan duniawi...mungkin aku diantara insan terpilih yang diujiNya...Allah tidak akan menguji hambanya melainkan Dia tahu hambanya itu mampu menahan ujianNya itu...aku bersyukur ke hadratMu ya Allah kerana memilih aku dan masih meletakkan aku disisiMu...
Aku panjangkan kesyukuranku ini padaMu ya Allah kerana dengan ujian yang hebat dariMu ini telah menjadikan aku insan yang lebih tabah, lebih cekal dan redha...tanpa semua ini, mungkin aku masih alpa dan hanyut dengan duniawi...ya Allah, bukakanlah pintu hatiku ini seluas²nya agar aku terus berada di landasanmu ya Allah...
Aku akan memikul tanggungjawab yang telah Kau hadiahkan untukku...selagi aku bernyawa, selagi aku bernafas, akan aku jaganya...kerna aku tahu.....semua ini pasti ada hikmahnya.
Aku akan memikul tanggungjawab yang telah Kau hadiahkan untukku...selagi aku bernyawa, selagi aku bernafas, akan aku jaganya...kerna aku tahu.....semua ini pasti ada hikmahnya.
Wednesday, January 27, 2010
Jawapan Soalan 2
Rumah Terbakar
Untuk soalan ke 2 ini, didapati tiada pemenang yang tepat walaupun ada yang mencubanya...apa² pun, jgn give up...cuba lagi untuk soalan seterusnya...selamat berjaya.
Friday, January 15, 2010
Kempen Derma Dadah?
Hah?...Kempen Derma Dadah?...uiks, kempen macam ni pun ada ek?...aku rasa yang akan datang pun mat² dadah je...hehe...actually, banner ini telah tersalah print...so, lepas ni diharapkan pihak yang bertanggungjawab lebih prihatin dan alert sebelum membuat sesuatu...tak gitu?...apa² pun sebagai manusia, kita belajar dari kesilapan...walaupun kadang kala sesuatu kesilapan itu agak sukar untuk di terima akal.
Soalan 2
Dalam banyak² rumah, rumah apa yang paling banyak pakai air?.
( Jawapan akan di siarkan pada 19/1/2010 )
Jawapan Soalan 1
Sabun Jenama X
Betul tak?...hehe...kan kat setiap iklan ada je perbandingan dengan sabun jenama X...tapi tak pernah kita jumpa kat mana² kedai yang menjualnya...apa pun aku ada pemenangnya...pemenangnya adalah jiwangpc...Tahniah dari E-Azaman...anda akan menerima kredit panggilan percuma anda bernilai RM10 dalam tempoh 48 jam.
Peringatan Buat Kaum Hawa
Kepada kaum² Hawa sekalian, sukacita di ingatkan supaya korang semua lebih berhati² semasa menghadiri atau pergi ke tempat² yang sesak sama ada untuk beriadah atau melakukan aktiviti² sosial...korang boleh tengok sendiri contoh gambar di atas (rujuk anak panah)...di mana seorang lelaki dengan gaya yang bersahaja dan tanpa bersalah telah mengambil kesempatan terhadap seorang wanita.
So, aku ada satu nasihat yang berguna untuk semua kaum Hawa di luar sana...jika korang ingin melakukan sebarang aktivit sosial tetapi ragu² dengan keadaan sekeliling...ermmm...buang perasaan takut korang dan cuba ini (rujuk gambar dibawah )...Selamat Mencuba...apa pun kemungkinan ada dimana²...sendiri mahu ingat...
Thursday, January 14, 2010
Apa Kejadahnya Promosi Ini?
Erm...aku tak tahu nak komen apa² tentang promosi ini...dan aku juga tak pasti apa sebenarnya mesej yang cuba di sampaikannya...so, korang renung²kanlah sendiri...hehe...
Wednesday, January 13, 2010
Soalan 1
Ada 1 jenama sabun. Ianya kerap di iklankan di kaca tv, radio mahupun surat khabar. Tetapi yang peliknya, ia tidak ada di jual di mana² hypermarket, mini market, kedai runcit dan mahupun kedai basikal. Apakah jenama sabun ini?
(Jawapan akan di siarkan pada 15/01/2010)
Jawab Dan Menang
Mulai hari ini, anda semua berpeluang untuk memenangi hadiah berupa kredit panggilan bernilai RM10 (Celcom/Maxis/Digi) jika anda dapat menjawab dengan tepat soalan² yang diberikan oleh agen² E-Azaman. Ok la tu, siapa lagi yang nak bagi kredit panggilan RM10 senang² camtu.
Untuk menyertai pertandingan ini, anda semua tidak perlu mendaftar atau membuat sebarang pembayaran. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberikan jawapan anda bersama nama dan nombor telefon bimbit anda di bahagian komen di bawah soalan berkenaan. Senang kan?
Setiap soalan akan dikemukan selama 48 jam sebelum jawapan sebenar di paparkan. Siapa cepat dia dapat. Pemenang akan di umukan bersama jawapan sebenar. So, apa tunggu lagi. sertailah sekarang. Jika tiada pemenang bagi setiap soalan yang di berikan, jumlah kredit panggilan akan di bawa ke hadapan dan di gandakan.
Ajak juga mana² rakan² anda yang genius, berpengetahuan tinggi dan yang paling penting adalah mereka sukakan cabaran. Are you dare?????
Tuesday, January 12, 2010
Rumahku Di Rompak Oleh Perompak
Salam, sari berita penting...rumah aku telah di rompak oleh perompak (takkan tokey ikan pulak)...kejadian berlaku semasa aku dan ahli keluargaku tiada di rumah...perompak ini pun satu, datanglah merompak masa aku ada di rumah...at least boleh la aku jamu dengan teh o and biskut kering...tak gitu?...
Kejadian di sedari oleh isteriku semasa kami sampai di rumah...ketika itu aku mendapati rumahku saling tak tumpah seperti "tongkang pecah"...setelah aku dan isteriku melakukan pemeriksaan, aku telah mendapati perompak itu talah berjaya melarikan sebuah benda yang membuatkan aku "panas" iaitu laptop aku...Arghhhh...agak² la wei...lu angkat la peti sejuk ke, mesin basuh ke, berus gigi ke...yang lu angkat laptop gua apa hal...lu tau tak itu ibarat nyawa gua...semua kerja² gua dalam tu tau...b***h, b**i, s**l, p*****k punya perompak...Astrafirullahalazim (cuba menenangkan hati yang sedang amarah)...
Selain itu, barang² kemas isteriku juga telah di ambilnya...lain² barang adalah duit, tabung anak² aku, dvd player dan juga dekorder Astro...wei, rumah lu takde Astro ke...lain kali ambil la dengan piring²nya sekali...tapi yang lebih memanaskan hati aku ialah...dalam dvd player tu ada dvd kegemaran anak aku, Adam iaitu.....Upin & Ipin (Geng)...uihh, ini sudah lebih...benar² mencabar kesabaran aku...tak pasal² aku kena beli dvd player dengan dvd Upin & Ipin lagi...bukan apa, Adam memang minat giler cerita ini...pernah sampai 2 kali dia ulang ceria ini 2 kali berturut-turut...
Aku telah melaporkan kejadian ini di Balai Polis Putra Height...sejurus kemudian mereka telah datang ke rumah aku untuk menangkap gambar dan mengambil sample cop jari...kini semuanya sedang dalam siasatan polis...Insyallah, jika perompak ini berjaya di berkas, aku "benar² ingin bersua kenal dan mengenalinya dengan lebih mendalam"
Saturday, January 9, 2010
Jangan "Add" Bos Anda Di Facebook
Erm...kenapa aku menyarankan supaya anda semua tidak "add" bos anda di Facebook...korang baca dan renung²kanlah artikel di atas...hehehe...tak pasal² kena buang kerja...apa² pun, "tepuk dada tanya selera".
Thursday, January 7, 2010
Berhati-Hati Membeli Buku Cerita Untuk Anak Anda
Contoh Buku Yang Cuba Memanipulasi Pemikiran Kanak²
Peringatan dari Kerajaan E-Azaman kepada ibu dan bapa juga yang seangkatan dengannya:-
- Berhati² untuk membeli buku cerita kanak² untuk anak anda dan pastikan dahulu isi kandungannya tidak menyalahi akal pemikiran seorang kanak²...Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya"...tapi seandainya tersalah lentur......haa.......lu pikiaq la sendiri !
Aku bukanlah seorang aktivis yang memperjuangkan hak asasi kanak²...cuma aku berbicara sebagai seorang yang bergelar bapa dengan penuh rasa kesal dengan semua ini....tidak cukupkah dengan apa yang telah berlaku pada dunia tatkala ini...mengapa ada lagi individu² yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk memanipulasi pula pemikiran kanak²...bagaimana dunia ingin sejahtera selagi semua ini berlaku dan tidak dihentikan.
Wednesday, January 6, 2010
Kembali Ke Dunia Papan Selaju (Skateboarding)
Aku tidak tahu kenapa jiwa aku meronta² sejak kebelakangan ini...arghh.....kenapa ia datang kembali ke dalam kotak memoriku...kenapa kau hadir semula setelah aku cuba menjadikan kau sebagai kenangan yang terindah di dalam hidupku...kenapa?...mengapa?...mungkin inilah balasan setelah aku meninggalkan duniamu tanpa sebarang bicara...aku bukan sengaja...kau tahu bukan, bahawa aku amat menyayangimu cuma.....kecederaan lutut kananku memisahkan kita...satu tika dulu kau selalu di hatiku...kita tidak pernah berenggang...ke sekolah jua aku bawa kau...cuma sekali sekala aku tinggalkan kau ketika aku menemani bondaku ke pasar malam...hehehe...gempak tak muqadimah aku...hahahaha...
Sebenarnya aku ingin memaklumkan bermula 2010 ini aku akan membuat comeback ke dalam skateboarding ini...aku tak tahu la kenapa tiba² aku rasa ingin menterjebakkan kembali ke dunia penuh kenangan buat aku satu masa dahulu...namun, bezanya cuma aku kini hanya bermain sebagai aktiviti riadah sahaja, bukan lagi menyertai arena profesional...kini aku dah ada geng baru...tak lain dan tak bukan...jeng..jeng..jeng...Adam (anak sulungku yang berusia 1 tahun 5 bulan)...tengok la skateboard dia seperti gambar di atas...hehe...nampaknya Adam menunjukkan minat yang mendalam didalam arena skateboarding ini...bayangkanlah, pukul 10 malam pun menangis datang kat aku minta skateboard dia...pagi² bangun tidur, terus cari skateboard...bak kata Adam; "pa..nat tek" (bermaksud; "papa, nak skate)...hahaha...
Aku telah membeli skateboard aku dan Adam pada 3hb yang lalu di Sg. Wang Plaza...then petang terus aku terus try kat Skate Park Seksyen 13, Shah Alam...Alhamdullilah, kaki ini tidak "bangku" walaupun hampir 7 tahun aku meninggalkan arena ini...aku mencuba kembali favourite trick aku satu ketika dulu; noseslide...cubaan demi cubaan gagal...sehinggalah.....percubaan aku yang ke belasan kali (aku tak ingat) berjaya dan dalam erti kata lain telah land dengan sempurna...hanya Tuhan yang tahu perasaan aku pada ketika itu...serius...kini Adam pula sedang tekun dan gigih untuk belajar menstabilkan diri di atas skateboard...buat masa ini, aku masih memimpinnya...hopefully, dia akan menjadi seorang skaters yang ternama satu hari kelak...Aminnnn...apa² pun aku bersyukur yang teramat sangat kerana mempunyai seorang isteri yang cukup support aku dalam apa jua yang aku lakukan...
Skateboarding...Aku datang lagi !
Monday, January 4, 2010
Selamat Datang 2010
Aku harap aku masih belum terlewat untuk megucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua...firstly, aku nak memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana masih membenarkan aku terus bernafas dan menumpang di dunia ciptaanNya ini...juga masih mengizinkan aku untuk terus mencapai impianku yang masih terkandas...
Alhamdulillah...jika dirumuskan secara keseluruhan, 65% impian aku di tahun 2009 telah tercapai...hanya beberapa perkara lagi yang perlu aku terus perjuangkan tahun ini...namun perjuangan tahun ini juga disertai dengan impian² baruku...aku tahu ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, namun ianya juga bukan sesuatu yang mustahil...berpegang aku pada madah orang² dulu....."Jika Ada Kemahuan, Di Situ ada Jalan"...
Sedikit ringkasan impian yang telah aku capai untuk tahun 2009...aku telah mendapat cahaya mata keduaku, Muhammad Amar Danish...aku telah mendapat gaji seperti yang aku idamkan...hopefully tahun ni bertambah²lah increment ek...hehe...aku juga telah berjaya menghias rumah aku seperti rumah A.C Mizal...hehe...sorry A.C, ciplak interior design rumah lu...honestly, memang sempoiiiii...yang lain², biarlah aku rahsiakan ia...bukan apa, aku tidak mahu unsur² bongkak menyelimuti diri aku yang lemah ini...
Mulai tahun ini, hanya tinggal 3 tahun lagi untuk aku bekerja (makan gaji)...apabila umurku mencecah 30 tahun kelak, aku akan memulakan perniagaan aku sendiri...walau sekecil mana perniagaanku sekalipun, aku tetap bertekad untuk merealisasikannya...percayalah, 9/10 dari punca rezeki adalah dari berniaga...dan aku juga perlu memastikan yang aku akan bergelar jutawan sebelum berumur 35 tahun...memiliki sebuah wisma sendiri...juga membeli sebuah rumah di Kubang Buaya, Kuantan...Insyaalah...Aminnnnn...
Namun yang lebih penting dari semua itu, aku amat berharap bahawa aku akan menjadi seorang anak, suami, bapa serta abang yang terbaik untuk orang² tersayang aku...tidak ada makna jika aku capai semua impianku tanpa aku cuba perbaiki diriku ini...sama²lah kita menuju wawasan serta mencapai impian yang kita idam dan azamkan...semoga dengan kehadiran 2010 ini akan mengajar kita menjadi insan yang lebih matang dalam menempuh cabaran dan dugaan di muka bumi ini.
Thursday, December 17, 2009
Dalam Kenangan (Juggling)
Juggling...aku mula bergiat aktif dengan permainan ini seiring semasa aku sedang aktif bermain skateboard...pada mulanya ianya hanya sekadar hiburan semata²...tidak ada kena mengena dengan permainan skateboard...ianya hanya sekadar permainan semasa sesi memanaskan badan atau sedang keletihan bermain skate...orang yang bertanggungjawab mengajar aku untuk bermain permainan ini ialah Eyoi...
Pada mulanya memang susah untuk bermain juggling ini...ianya memerlukan kesabaran yang terlampau...berbulan juga aku ambil masa untuk memahirkan diri...di rumah, habis bawang² mak aku aku lambung...ada yang sampai jadi lembik...masa tu, pantang aku tengok benda yang bulat, mesti aku kerja²kannya (hah! jangan fikir yang bukan² pulak)...sehinggalah aku suruh mak aku buatkan juggling untuk aku...dengan kain² perca yang lebih, aku curi pasir kat depan rumah nenek aku...kemudian aku sumbat dalam kain perca tu...jadilah juggling.
Bermula pada saat itulah, aku mula menunjukkan minat yang agak mendalam dalam bermain juggling...setiap hari aku practice...ke sekolah pun aku bawa...pantang ada masa terluang, pasti aku main...hari berganti hari, bulan berganti bulan...skateboard dan juggling sukar dipisahkan lagi dari hidup aku...aku semakin mahir bermain juggling...begitu ramai anak didikku telah aku perturunkan ilmu...tapi mana boleh lawan sifu...hehe...
Aku masih ingat pada tahun 1999, aku, Eyoi dan Mudin telah pergi ke ibu kota untuk masuk satu pertandingan skate yang di adakan di Sunway Pyramid....pertandingan itu dinamakan TImex Skateboarding Competition...malam itu kami bermalam di rumah seorang rakan di Sunway Mentari...pada malam itu juga, kami bersama skaters² yang lain telah melakukan vandilisme (main skate) di Sunway Pyramid sehingga di kejar oleh Pengawal Keselamatan yang bertugas...memang syok bila main skate dan main kejar² dengan pihak berkuasa...
Esoknya, pertandingan pun bermula...macam biasalah, masing² menunjukkan dan memperagakan kemahiran bermain skateboard masing²...aku pun tak terlepas dari keegoaan itu...biasalah, awek plak ramai yang tengok...hehe...masa judges tengah kira² point, pihak penganjur telah memperlawa sesiapa yang berminat untuk masuk pertandingan sampingan iaitu "Juggling Game"...kawan² yang lain semua paksa aku masuk...aku buat la malu² tenok masa tu...hehe...padahal dalam hati bukan main nak masuk lagi...
Seingat aku ada berbelas jugak la peserta yang join...Pa'din (Pro Skaters Malaysia) pun join...apa lagi, sekali lagi semua memperagakan kemahiran dan gaya masing²...nasib aku baik hari itu sebab semua skill aku menjadi...makin bersemangat aku bila dengar jeritan dan sokongan dari rakan² skaters serta penonton yang hadir pada hari tu...lebih² lagi, awek² yang cun² belaka...hehe...
Alhamdulillah, semua telah berakhir...kami menunggu keputusan dengan penuh rasa terujadan berdebar²...untuk pertandingan skate, aku dapat no.7 dan untuk juggling......ehem..ehem...aku jadi JOHAN...bukan Johan Raja Lawak tau...betul² Johan...hehe...ketika itu, entah siapa yang bawa dan kibarkan bendera Pahang, aku pun tak tahu...apa² pun, thanks a lot pada semua yang support aku...
Lepas pertandingan itu, Boy (skaters dari PJ) selalu call aku...jika ada mana² pertandingan juggling, mesti dia inform aku...berpuluh juga la pertandingan juggling yang aku sertai dan hasilnya.....tempat pertama selalu di genggam...Alhamdulillah, setiap pertandingan aku tak pernah balik dengan tangan kosong...kini, aku sudah meninggalkan arena juggling ini...tapi untuk bermain kembali, ianya tiada masalah sebab kadang² aku juggling jugak bola snuker...hehehe..lepas gian.
Wednesday, December 2, 2009
Dalam Kenangan (Sesi Jamming)
Studio Kembara, Putri Park Plaza (2001)
Segalanya bermula pada tahun 2001...dimana 4 orang sahabat (aku, amin @ kumprinx, nd dan pedal) telah bertemu di sebuah kolej di ibu kota...dengan minat yang sama (MUZIK)...kami telah sepakat untuk jamming bersama...setelah "meriki" dari senior², kami telah mendapat pelan untuk ke studio jamming yang berhampiran...kami mulakan misi...misi yang lansung tiada persediaan...misi membabi buta...hanya kerana minat, kami berempat berjalan kaki ke tempat yang dituju...walaupun jauhnya 3km, kami gagahinya jua...hanya untuk melepaskan "gian" dan memperagakan kebolehan masing²...
Setelah sampai, kami mengambil tempat masing²...sewaktu itu aku mengambil posisi sebagai drummer...waktu tu aku ni kiranya "Mike Portnoy Wannabe" la (rujuk gambar diatas)...masa tu rambut oren...hahaha...walaupun aku hanya boleh main dua tiga double padel tempo je, aku tetap berasa yakin akan diriku...hehe...kami pun start la jamming bersama...aku masih ingat lagu pertama yang kami main masa tu ialah When I Come Around (Green Day)...kami cuma mahu mencari keserasian sahaja untuk sesi jamming yang pertama itu...selepas itu, boleh dikatakan setiap hari kami jamming bersama...setelah hari demi hari, bulan berganti bulan...akhirnya kami telah mendapat keserasian yang kami cari dan kami selangkah maju ke hadapan untuk ke arah yang lebih profesional...hehe...
Studio Basi (Taman Shamelin Perkasa)
Setelah hampir 6 bulan bersama...kami telah temui Fadil...Fadil, seorang drummer yang cukup berpengalaman...aku betul² kagum dengan gayanya memperagakan aksi ketika bermain drum...saling tak tumpah macam Lars Ulrich (Drummer Metallica)...dengan bip tempo di bibir...perghh, serius beb...aku betul² kagum dengan dia...aku telah menyerahkan "kerusiku" kepadanya dan aku mengambil alih posisi sebagai gitarist...
Disitulah kami semakin maju dan terus maju...dengan bimbingan sifu kami; nd...nd, seorang gitarist terbilang yang amat minat pada zaman² rock kapak...jari jemarinya lembut gemalai mengusik tali² yang tidak pernah berhenti beralun...aku betul² salute dengan nd...dan dialah yang banyak mengajar kami tentang apa itu muzik...yang paling bestnya, dia tak pernah kedekut ilmu walau sedikit pun...
Waktu itu seingat aku, kami selalu memainkan lagu Fade To Black, Troopers, Creep dan lain² lagu yang aku sendiri pun dah tak berapa ingat.
Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
Pada ketika itu band kami amat berpengaruh di kalangan rakan² kolej...sehinggakan pihak pengurusan kolej memperlawa kami untuk perform di Majlis Bersama Graduan senior² kami...ketika itu, kami amat berbesar hati dengan perlawaan itu...seingat aku, kami telah memainkan 5 buah lagu pada malam itu...dengan crowd² yang sporting habis, majlis itu semakin happening...apa yang membuatkan kami puas ialah crowd² pada malam itu semua berpuas hati dengan persembahan kami...Kepuasan Pelanggan Adalah Keutamaan Kami...haha...pinjam tagline kejap...arghh, malas dah aku nak tulis panjang²...letih jari jemariku...biarlah semua itu aku simpan sebagai kenangan...kenangan ketika aku di usia muda remaja...snow cap 24 jam atas kepala...itu trademark aku...haha...
Subscribe to:
Posts (Atom)






















