Blog Bodyguard

Friday, February 12, 2010

Dulu Lain Sekarang Lain (Mawi)

Satu ketika dahulu, Asmawi bin Ani atau lebih di kenali dengan nama Mawi adalah hanya seorang pekerja yang bekerja di Giant (aku tak pasti cawangan mana)...dengan rambut yang disisir ke dahi, berkumis nipis dan memegang mikrofon, beliau cuba menghiburkan pengunjung² yang hadir...dengan gaji yang tidak seberapa, beliau gagahi jua demi sesuap nasi...namun segalanya berubah setelah beliau melakukan penghijrahan hidupnya dengan menghadiri ujibakat Akademi Fantasia (AF) musim ke-3...

Kini.....

beliau mampu duduk tersenyum dengan apa yang beliau capai dan milikinya sekarang...alah, tak perlu aku expain panjang² sebab korang semua mesti tahu dan mengikuti perkembangan peribadi dan karier beliau kan?..kan?..kan?..hehe...

Secara peribadi aku katakan yang aku bukanlah peminat atau kipas susah mati (die hard fan) Mawi...aku cuma mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan bahawa sesuatu kejayaan itu tidak akan datang bergolek...kita perlu melakukan sebuah penghijrahan di dalam hidup kita jika kita ingin berjaya.

No comments:

Post a Comment