Blog Bodyguard

Monday, March 8, 2010

Aku Dan Angka 27


Hari ini; 8 Mac 2010...merupakan satu lagi transformasi angka di dalam hidup aku...kini aku sudah mencecah ke angka 27...kata orang; umur hanyalah angka namun bagi aku ia amat penting...dengan ini hanya tinggal 3 tahun untuk aku merealisasikan impian aku...3 tahun?...ianya tidak lama...pejam celik pejam celik...pasti 3 tahun itu akan tiba tanpa kita sedari...dan jika nafas tidak lagi di ambil Ilahi...

Sehingga kini aku bahagia dan bersyukur dengan apa yang telah aku ada...aku panjangkan kesyukuran ini buat bondaku yang telah melahirkan aku dan telah mendidik aku dengan begitu sempurna...juga aku bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang benar² menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna...dia tidak pernah leka dengan tanggungjawabnya...sentiasa bersama aku tatkala suka atau duka, susah atau senang...sentiasa menjaga aku, pemakaian aku, permakanan aku...terima kasih mama...

Erm...yang paling best ialah kek di atas di buat oleh isteriku sendiri...memang sedap...serius...nak rasa?...datanglah kat rumah...hehe...

2 comments:

  1. Happy birthday man. pandai wife ko buat kek kan. Semoga panjang umur murah rezeki hendaknya ;)

    ReplyDelete
  2. time kasih bro..hehe..doa² kanlah aku jadi jutawan dgn segera..nanti boleh kita buat bisnes sama²..aku akan lantik ko jadi Group IT Manager untuk Azaman Holding..huahuahua..

    ReplyDelete