Blog Bodyguard

Tuesday, March 23, 2010

Adam Sekali Lagi Melakar Sejarah

Dalam usianya yang mencecah 1 tahun 7 bulan, Adam sekali lagi melakar sejarah tersendirinya apabila berjaya merangkul gelaran "Baby Toy 'R" Us 2010" anjuran bersama Toy 'R' Us dan Mydin Mall, Subang Jaya...penyertaannya amat simple, bagi setiap pembelian berjumlah RM100 dalam satu resit di Mydin, secara automatik dapat menyertai satu sesi bergambar percuma...setelah selesai sesi bergambar, kita boleh memilih satu gambar untuk di print di dalam bentuk 4R...dan jika kita berminat untuk menyertai pertandingan ini, kita perlu membayar RM10 sebagai yuran penyertaan...so, apabila aku dan isteriku berbincang serta di'racuni' oleh staf Toy 'R' Us itu, kami pun sepakat untuk masuk peraduan ini...


Tup²...pada petang Ahad lepas, staf Toy 'R' Us telah menghubungi isteriku melalui telefon dan telah memaklumkan bahawa gambar Adam telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini...Alhamdulillah...namun secara jujurnya aku tak expect lansung yang Adam boleh menang dan memang aku dah lupa pun pasal pertandingan ni...yelah, masuk sekadar suka² je...erm, inilah yang di katakan rezeki...

Aku pun terus pergi ke Mydin untuk mengambil hadiah...so, antara hadiah yang Adam dapat, sijil, medal dan hamper dari Toy 'R' Us serta baucer membeli belah berharga RM500 dari Mydin Mall...lepas tu.....aku terus masuk Mydin dan berbelanja sakan...hahahaha...tapi bukan untuk aku la...untuk Adam dan adiknya, Amar...dan ini merupakan kejayaan Adam yang kedua selepas menjadi Johan "Pertandingan Bayi Comel Drypers" pada November lalu di The Store, Temerloh...(sila rujuk entri November; Rezeki Sekeping Gambar)

No comments:

Post a Comment