Hayabusa, kini aku rasakan masa semakin lambat berlalu...setiap detik umpama bertahun lamanya...Hayabusa, hadirlah kau segera...aku terlalu ingin membelaimu...mengapa April begitu lambat untuk menjelma...tak tertahan lagi aku menanti...benarlah kata pujangga, Penantian Itu Satu Penyeksaan.
Tuesday, March 23, 2010
Aku Menunggu Kehadiranmu Ke Garaj Rumahku
Hayabusa, kini aku rasakan masa semakin lambat berlalu...setiap detik umpama bertahun lamanya...Hayabusa, hadirlah kau segera...aku terlalu ingin membelaimu...mengapa April begitu lambat untuk menjelma...tak tertahan lagi aku menanti...benarlah kata pujangga, Penantian Itu Satu Penyeksaan.
Adam Sekali Lagi Melakar Sejarah
Dalam usianya yang mencecah 1 tahun 7 bulan, Adam sekali lagi melakar sejarah tersendirinya apabila berjaya merangkul gelaran "Baby Toy 'R" Us 2010" anjuran bersama Toy 'R' Us dan Mydin Mall, Subang Jaya...penyertaannya amat simple, bagi setiap pembelian berjumlah RM100 dalam satu resit di Mydin, secara automatik dapat menyertai satu sesi bergambar percuma...setelah selesai sesi bergambar, kita boleh memilih satu gambar untuk di print di dalam bentuk 4R...dan jika kita berminat untuk menyertai pertandingan ini, kita perlu membayar RM10 sebagai yuran penyertaan...so, apabila aku dan isteriku berbincang serta di'racuni' oleh staf Toy 'R' Us itu, kami pun sepakat untuk masuk peraduan ini...
Tup²...pada petang Ahad lepas, staf Toy 'R' Us telah menghubungi isteriku melalui telefon dan telah memaklumkan bahawa gambar Adam telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini...Alhamdulillah...namun secara jujurnya aku tak expect lansung yang Adam boleh menang dan memang aku dah lupa pun pasal pertandingan ni...yelah, masuk sekadar suka² je...erm, inilah yang di katakan rezeki...
Aku pun terus pergi ke Mydin untuk mengambil hadiah...so, antara hadiah yang Adam dapat, sijil, medal dan hamper dari Toy 'R' Us serta baucer membeli belah berharga RM500 dari Mydin Mall...lepas tu.....aku terus masuk Mydin dan berbelanja sakan...hahahaha...tapi bukan untuk aku la...untuk Adam dan adiknya, Amar...dan ini merupakan kejayaan Adam yang kedua selepas menjadi Johan "Pertandingan Bayi Comel Drypers" pada November lalu di The Store, Temerloh...(sila rujuk entri November; Rezeki Sekeping Gambar)
Monday, March 8, 2010
Aku Dan Angka 27
Hari ini; 8 Mac 2010...merupakan satu lagi transformasi angka di dalam hidup aku...kini aku sudah mencecah ke angka 27...kata orang; umur hanyalah angka namun bagi aku ia amat penting...dengan ini hanya tinggal 3 tahun untuk aku merealisasikan impian aku...3 tahun?...ianya tidak lama...pejam celik pejam celik...pasti 3 tahun itu akan tiba tanpa kita sedari...dan jika nafas tidak lagi di ambil Ilahi...
Sehingga kini aku bahagia dan bersyukur dengan apa yang telah aku ada...aku panjangkan kesyukuran ini buat bondaku yang telah melahirkan aku dan telah mendidik aku dengan begitu sempurna...juga aku bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang benar² menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna...dia tidak pernah leka dengan tanggungjawabnya...sentiasa bersama aku tatkala suka atau duka, susah atau senang...sentiasa menjaga aku, pemakaian aku, permakanan aku...terima kasih mama...
Erm...yang paling best ialah kek di atas di buat oleh isteriku sendiri...memang sedap...serius...nak rasa?...datanglah kat rumah...hehe...
Saturday, March 6, 2010
Friday, March 5, 2010
Wednesday, March 3, 2010
Kejayaan Lahir Dari Kegagalan
Aku bukanlah seorang jutawan...aku juga bukan seorang hartawan...aku tidak punya harta berjuta...tidak punya pangkat melangit...yang aku ada hanya sebuah impian...impian yang telah lama aku pendamkan...yang telah aku usahakan untuk merealisasikannya...cuma waktu belum menentukan...
Sehingga kini, sudah 27 tahun umur aku yang telah di pinjamkanNya...tatkala aku hampir ke puncak, aku tewas...tatkala kejayaan hampir aku capai, aku jatuh semula...namun aku gagahi semula satu per satu anak tangga...agar impian dapat di genggam, supaya kejayaan menanti di hadapan...
2010 benar² menguji aku...pelabagi ujian datang menimpa...belum habis satu, yang lain telah datang...walaupun ia tidak di undang, namun ia tetap harus aku tempuhi...suka atau duka, tawa atau tangis, atau apa saja...hidup perlu di teruskan...selagi hayat di kandung badan, selagi itulah akan aku kejar kejayaan itu...
Pelbagai ceritera aku baca...tidak ada seorang pun insan² yang berjaya di muka bumi ini yang tidak pernah gagal sebelumnya...kini aku pasti...kejayaan hanya lahir dari kegagalan dan usaha...aku tidak ingin membayangkan Bill Gates, Donald Trumph atau taikun² perniagaan dunia yang lain sebelum mereka berjaya...cukuplah sekadar kita melihat AC Mizal yang sebelum ini pernah jatuh teruk selepas merudumnya populariti 4U2C...hidupnya benar² susah...AC pernah putus asa dengan dunia ini...namun dengan sisa² semangat yang ada, demi usaha dan usaha, kini dia sudah pun menguruskan sebuah perniagaan yang berjumlah 200 juta...dia juga sudah mampu tersenyum dengan kejayaannya hari ini...
Dunia tidak kejam...tetapi kejayaan tidak akan menyapa anda sebelum anda mendekatinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)