Blog Bodyguard

Friday, August 28, 2009

Informasi Buat Rakan²

Buat rakan² yang tidak jemu² menelefon, men"sms", men"email" dan bermacam² men lagi...sukacita saya maklumkan bahawasanya....ting..ting..ting..(sound effect)...saya akan pulang ke kampung halaman merentasi banjaran titiwangsa pada petang ini setelah saya selesai punch card pukul 4.30 petang nanti...harap maklumkan kepada rakan² yang lain supaya menyediakan duit yang secukupnya sebelum kita bertarung di karpet hijau berbola nombor pada malam ini...juga diingatkan supaya jauhkan nasi ayam cina (mahagani) dari pandangan dan bauan saya (takut tak tahan)...hehe..
Alih Bahasa Daerah Temerloh:-
Untok rodong² yang dok jemu nepon, meseh, emel ke koi ni...koi nok kabo ke aokme...ting..ting..ting..(bunyi loceng besko buntat)...yang koi akan balik ke temerloh ptg nanti pas abis keje kat opih...kabo juge ke rodong² lain setanbe ke duit berkepok sikit sebelum main lucky malam ni yak...dan se lagi, jauhkan sikit nasi ayam cina bando lama teh dari koi ni...bukan mende, takut tak tahan...ande duk bawoh jambatan nanti...pepaleh...sedap amat...hehe.. 

Tuesday, August 25, 2009

Blood In Blood Out



Aku masih ingat kali pertama aku tengok filem ni kalau tak silap aku masa aku form 2...itupun setelah filem ni dikeluarkan selepas 4 tahun (lambat aku update)...namun jujur aku katakan yang filem ini antara filem terbaik yang pernah aku tonton...aku telah menonton filem ini lebih dari 30 kali...vcd (masa tu dvd baru nak release) ini kali terakhir ada pada aku pada tahun 2000 sebelum seorang kenalan (aku dah tak ingat siapa) meminjamnya dari aku...pastu passing² kat member² yang lain...hinggalah tak ada seorang pun yang mengaku meminjam vcd ini...hampir sekian lama aku sudah melupakan sebuah karya agung arahan Taylor Hackford ini..."muralle carnal...vatos locos forever ese"

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di muka bumi ini. Semoga kehadiran Ramadhan pada tahun ini akan membawa seribu erti untuk sebuah drama berepisod yang berjudul.....KEHIDUPAN.

Thursday, August 13, 2009

Hujung Minggu

Karaoke "Myvi" The Summit USJ

Hari Ahad adalah hari cuti umum di Malaysia (kecuali Kedah, Terengganu dan Kelantan)...hari Ahad juga di anggap hari hujung minggu...kebanyakan pekerja di Malaysia (terutama di sektor swasta) memang menantikan hari ini...kerana pada hari inilah, mereka dapat merehatkan badan dan melapangkan masa bersama anak dan isteri (bagi yang sudah berkahwin), bersama awek dan balak masing² (bagi yang sedang bercinta) dan tidur, main game, chating dan lain² (bagi yang masih bujang dan tidak berpunya)...apa jua cara anda menghabiskan masa hujung minggu anda, ia adalah hak anda...aku jua begitu, hujung minggu akan aku habiskan masa bersama keluarga aku...seperti biasa, tidurku untuk hari minggu akan aku panjangkan sejam dua (kadang² terlebih)...ini bukan kerana aku malas bangun pagi tetapi aku inginkan metabolisma dalam badan aku kembali normal seperti biasa setelah 5 hari bekerja...anak aku (Adam) sudah pagi² lagi berada di depan tv untuk menonton rancangan kegemarannya; Ozzie Boo, Jim Jam and Sunny dan yang paling diminatinya Tom Tom Bak...Astro Ceria memang benar² memenuhi citarasanya...Terima Kasih Astro...memang menjadi rutin aku dan keluargaku untuk keluar pada hujung minggu...kalau tidak pulang ke kampung, aku akan membawa isteri dan anakku ke bersiar² menikmati debu² ibu kota...karaoke adalah aktiviti mingguan keluargaku...bukan pandai sangat menyanyi, bukan suara selunak Tomok..cuma menghibur hati sendiri...seperti biasa aku akan menyanyikan killer song aku ; Biarlah Bulan Bicara...hehe...aku suka menyanyikan lagu ni kerana ianya tak tinggi, jadi suara aku boleh mantain...haha...selain pitching dalam nyanyian, strategi juga penting.


Bermain Boling Di Ampang Super Bowl, The Summit USJ
Selain menyanyi di pusat karaoke "Myvi"...opss sebelum tu biar aku terangkan kenapa aku menggelarkannya "Myvi"...actually konsep karaoke ni sama je dengan karaoke "Jamban" yang lain cuma booth dia dah macam belakang kereta Perodua Myvi...sebab tu aku menggelarkannya karaokee "Myvi"...nama ini juga telah sinonim dengan pengunjung² yang lain disini...tapi yang penting, sound system dia memang gempak...bila aku sedang menyanyi, aku rasakan seperti kumpulan Wings sedang mengiringi aku...hehe...jika tidak berkaraoke, aku dan isteriku akan bermain boling sambil diperhatikan oleh anak aku yakni sebagai pemerhati bebas...tetapi kebiasaan aku dan isteriku akan bermain boling bersama rakan² kami yang lain...dan untuk pengetahuan semua, sebenarnya aku masih baru berjinak² dengan arena boling ni...ini pun kerana isteriku minat akan sukan ni...kalau ikutkan aku, main snooker lagi best...lebih² kalau lucky ball...perghh, rindu aku zaman me"lucky" ni...tapi memang benar kata² isteri dan rakan²ku..."mainlah sekali, confirm ko ketagih lepas ni", begitulah lebih kurang kata² mereka...aku pun mencuba kerana terpaksa dan termakan pujuk rayu mereka...namun tidak ku duga, memang benar dan sahih kata² mereka...aku mula merasa "ketagihannya" selepas mencuba buat kali pertama...arghh, tak lena tidur malam aku memikirkannya...pernah aku main 4 games aku seorang kerana ketagihan...habis lenguh² tangan aku...dan sekarang aku telah melangkah ke dunia boling semi pro...sebelum ini aku selalu dikalahkan, dititik tapi sekarang.....tidak lagi...kepada isteri serta rakan²ku, kamu semua telah membuat silap dengan membawa seorang jaguh ke arena boling...kan sekarang korang dah tak boleh cari makan...hahaha(ketawa seorang egois).



Di Pulau Pehentian, Terengganu
Tetapi dalam banyak² aktiviti hujung minggu yang paling aku dan isteriku gemari adalah......BALIK KAMPUNG...masa plan nak balik kampung pun dah gembira semacam..apatah lagi masa perjalanan balik ke kampung...secara kebetulan dan telah tersurat, aku dan isteriku dari daerah yang sama iaitu Temerloh, Pahang...jadi tiada masalah bagi kami untuk pulang ke rumah siapa pun kerana rumah ibuku dengan rumah mertuaku hanya mengambil masa 45 minit perjalanan...kebiasaan kami akan balik dua kali sebulan...walaupun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh hanya mengambil masa dua jam sahaja, tetapi aku memang spesis yang suka berhenti minum dan makan dimana² hentian highway...tempat persinggahan yang wajib kami kunjungi adalah Genting Sempah dan D' Paya Serai (Petronas) sebelum Tol Bentong...walaupun perut telah diisi dari rumah, tapi sudah menjadi tabiat aku untuk berhenti...sekurang²nya minum...anakku, Adam juga telah menampakkan ciri² mengikuti perangaiku ini...dia akan menjadi tidak keruan jika dalam satu hari tidak membawa dia ke warung atau restoran...bukan dia nak makan sangat...cuma nak ambil feel dan cuci mata sahaja...hehe...jika aku mempunyai masa cuti yang agak panjang, aku akan membawa keluargaku bercuti...seperti bulan Mac yang lepas, aku dan keluargaku telah pergi ke Pulau Perhentian selama empat hari...terasa segala masalah kerja dan kebisingan hiruk piruk kota di lupakan sama sekali.

Tuesday, July 21, 2009

Improving Business English Graduation Day

(Menerima Sijil Dari General Manager, Mr Roy Shanker)
Fuyoh...itulah tagline Mr Patrick yang masih lagi terngiang-tengiang di halwa telingaku sehingga kini...aku tak tahu berapa banyak syarikat telekomunikasi DiGi mengupah beliau untuk mempopularkan tagline itu...atau beliau yang telah menciplak tagline itu tanpa kebenaran DiGi...ahhh, lantaklah...bukan aku dapat faedah apa² pun untuk memikirkan semua tu...lainlah kalau faedah di akaun ASB aku di tambah kepada 30%-40% setahun...Mr Patrick(aku cuba mengimbau kembali)...aku mula mengenali beliau pada tanggal 17.01.2009...dengan melemparkan senyuman pertama, berbekalkan laptop disisi, dan disambut dengan lagu My Heart WIll Go On...beliau mula bersuara......Fuyoh...itulah lecturer aku, Mr Patrick Ng yang mengajar aku serta rakan²ku bagaimana untuk menguasai English dengan baik...kelas ini dinamakan "Improving Business English" yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat tempat aku bekerja(identiti dirahsiakan)...Thanks A Lot For Give Me This Oppurtunity...skeaping London la plak...setelah hampir 6 bulan lidah aku tergeliat, terkehel, terseliuh, terlipat, tergulung dan bermacam² ter lagi...aku tetap tabah meneruskan usahaku agar dapat menguasai English dengan baik...tidak berakhir disitu, hujanan homework membuatkan aku sedikit tertekan...manakan tidak, selain homework yang diberikan oleh Mr Patrick dan memikul tanggungjawab besar sebagai ketua kelas (ehem..ehem..opss..terbatuk plak)...kerja² harian aku di ofis semakin berlambak...tak terkejar di akal dan kudratku...namun kata pujangga; "Alang² Genggam Api, Biar Jadi Bara"...aku gagahi jua sehinggalah aku berjaya menamatkan kelasku yang terakhir pada tanggal 30.05.2009...Alhamdulillah...Aku dan rakan² yang lain telah diraikan pada satu majlis (Graduation Day) pada 27.06.2009 di One Bangsar Seafood Garden (sebelah Bangsar Village).


(Sedang Memainkan Lagu "Auld Lang Syne")

Sesudah selesainya penyampaian sijil berlansung...aku dan juga rakan² lain telah membuat persembahan iaitu menyanyikan lagu "Auld Lang Syne"...sekali lagi aku diberikan tanggungjawab yang besar iaitu sebagai musician(gitarist) untuk persembahan itu...walaupun sudah lebih 4 tahun aku meninggalkan zaman pengitaran aku...aku tetap cuba membuat yang terbaik pada hari itu...aku bersyukur kerana tangan ini masih tidak kekok memegang gitar...jari jemari ini masih bisa memetik tali, masih mengenal D'major, masih berupaya mengalunkan lagu walaupun tidak sehebat Steve Vai, tidak sehandal Joe Satriani dan tidak setangkas Yngwie Malmsteem...berbekalkan Morris S-96 di tangan, jari memegang kod D..aku mulakan rentak irama...pada tika itulah, cahaya² kerdipan dari lensa kamera menerangi suasana...persembahan diakhiri dengan tepukan dan jeritan dari rakan² dan bos² yang hadir pada hari itu...Thank You All...


(Bergambar Kenangan Bersama Mr Patrick -Baju Batik Kuning-)
Erkkk...Alhamdullilah...selepas saja selesai aku dan rakan² yang lain membuat persembahan, kami telah dijamu dengan 10 jenis hidangan...marvelous..delicious...itulah ungkapan yang boleh aku rumuskan untuk menilai hidangan pada hari itu...semua aku rasa kecuali sayur²an saja yang aku hanya menjeling dan menidakkannya...aku tidak tahu kenapa sayur²an gagal menambat hati dan perasaan aku...aku memang dilahirkan kedunia ini untuk tidak membazirkan sayur²an...walaupun aku budak kampung, aku tidak makan sayur (kecuali coleslaw KFC)...bukan nak mengada, bukan nak berlagak, bukan juga menunjukkan ego tapi memang itu realitinya...apa?...ingat semua orang kampung makan sayur ke?...cuba hidangkan aku petai ke, jering ke...disitulah korang akan tau betapa berseleranya aku...ermmmm...kalau dibuat sambal lagi terangkat beb...selepas semua selesai, aku bersama rakan² lain telah bergambar kenangan (kat ofis jumpa lagi)...apa² pun, majlis tu memang enjoy.

Tuesday, June 30, 2009

Ma...Selamat Hari Lahir!


Sedang asyik aku melayan movie "Crack" di saluran 411 (HBO), tiba² aku dikejutkan dengan bunyi alarm dari laptopku...kringgggg (sila buat temujanji untuk mendengar bunyi yang sebenar)...aku bingkas bangun mematikan alarm tersebut agar isteriku yang kini sedang berbadan dua dan juga anak sulungku, Adam yang sedang lena beradu tidak terganggu konsenstrasi serta fokus dalam proses tumbesaran yang sedang dilaluinya kini...aku melihat pada sebuah jam dinding yang aku beli di Mydin tidak lama dulu, arghhhhh...baru pukul 12 malam...lantas aku segera mendapatkan laptopku dan........oh TIDAAAAAAAKKK...bagaimana aku boleh terlupa?...bagaimana aku boleh alpa untuk mengingatinya?...bagaimana aku boleh membiarkan satu minit tadi berlalu begitu saja?...bagaimana aku masih boleh tidak berbuat apa²?...lantas segara aku mendapatkan telefon selularku dan terus mendail...hati aku menjadi tidak keruan selagi panggilanku tidak dijawab...jiwaku menjadi gundah gulana apabila nada dering yang berbisik ditelingaku kini seperti mengalunkan sebuah irama lagu tanpa melodi..."Assalamualaikum"...terkasima aku seketika apabila mendengar suara itu...suara yang pernah mengerang kesakitan untuk melahirkan aku...suara yang pernah mendodoikan aku sewaktu kecil dahulu...suara yang pernah membebel kerana kenakalanku...suara yang pernah memujuk rajukku...dan suara yang masih tidak jemu² menegur serta menasihatiku sehingga kini...itulah suara ibuku; Puan Rohaya Binti Haji Harun yang aku panggil "MA"...aku menjawab salamnya dan mengucapkan; "Selamat Hari Lahir Ma"...kini ibuku genap berusia 50 tahun...U're The Best Mom In My Heart...I Love U Ma.

Monday, June 29, 2009

Aku Dan Nescafe

Aku terasa seolah² mukaku ditampar²..ditumbuk²..dirobek²..digoreng sodap...aku rasa aku tau siapa punya angkara semua ini...aku cuba bukakan mata...dalam samar², aku nampak dia...hah, benar sungguh ramalanku...tak lain dan tak bukan...tentunya..... Adam (anak aku)...dengan senyuman yang menampakkan 4 batang giginya, aku tau yang dirinya puas setelah aku terjaga dari tidur...itulah rutin Adam setiap pagi...mengejutkan aku dari mimpi² indah...aku lihat jam telah menunjukkan pukul 6.30pagi...aku bangun, mencapai tuala dan terus menuju ke bilik mandi...isteriku sempat melemparkan senyuman walaupun sedang sibuk di dapur menyediakan santapan pagi kami...selesai mandi, aku terus bersiap (sembahyang tak perlu cerita, itu antara aku dengan Dia)...aku terus ke ruang dapur untuk menikmati santapan pagi...nasi goreng, roti bakar dan nugget menjadi hidangan...tapi......ianya tidak akan sempurna tanpa...Nescafe di sisi...aku menikmati setiap tegukan Nescafe itu dengan penuh konsentrasi agar aku dapat merasai kenikmatan setiap titisan rasa dan aromanya...selelsai bersantap, aku memanaskan enjin kereta sambil ditemani sebatang rokok berjenama dunhill...seperti biasa, aku dan isteriku akan menghantar Adam ke nursery terlebih dahulu sebelum ke ofis...sesampainya di ofis, aku melihat jam ditanganku..."ermm, awal lagi ni..baru pukul 8"...kata aku didalam hati...aku park kereta dan terus ke warung mamak bersebelahan ofis aku...warung yang dipanggil "Setarbak"...dan sekali lagi Nescafe menjadi pilihanku...sambil menyedut rokok di silihganti dengan gelak tawa bersama rakan² ofis di pagi hari, Nescafe itu perlahan² habis diteguk...Arghhh...nikmat sungguh...tengahari memanaskan suasana...aku dan isteriku seperti biasa akan lunch di Restoran 2K (Kakak Kecoh)-ini gelaran aku sendiri sebab kakak tu peramah sangat- untuk menikmati juadah masakan kampung...apa yang menarik di restoran ni adalah gulai tempoyak ikan patinnya memang sedap...sesedap rasa seperti di kampung halamanku, Temerloh...untuk kali ketiga aku masih memilih Nescafe sebagai pembasah tekakku...selesai makan aku terus pulang ke ofis kembali...petang menjelang, setelah aku dan isteri pulang dari ofis dan mengambil Adam di nursery, aku akan terus ke Zenie Corner untuk minum petang bersama...seperti biasa, tidak ada yang lain pilihanku selain Nescafe...sebelum azan Maghrib berkumandang di udara, aku akan pastikan yang aku sudah berada di rumah...sewaktu sedang asyik aku menonton Buletin Utama di TV3, isteriku menghulurkan aku segelas Nescafe buat menemani...beginilah akrabnya aku dan Nescafe...sudah 11 tahun ianya menjadi minuman pilihanku...tidak kira dimana jua aku berada...rumah..warung..restoran..hotel...opsss...kecuali satu tempat saja yang aku tidak akan berpeluang untuk minum Nescafe iaitu di.....One Bangsar Seafood Garden...aku tak mengerti...aku tak memahami...mengapa di sebuah restoran bertaraf tinggi seperti itu tidak menyediakan satu minuman yang membangkitkan kesegaran...yang melambangkan kemewahan...yang sesedap rasa seperti Nescafe...tatkala itu...watermelon juice menjadi pilihan aku...tiga gelas untuk aku sorang...memang sedap ooo...tapi tidaklah sesedap Nescafe.